Friday 1 February 2013

Saya Anak Baik !

Rindu dengan keluarga. Sangat-sangat. Hingga rasa nak teriak-teriak, tapi xleh teriak-teriak juga. Sebab lepas ni nak pegi karaoke di REDBOX dengan geng !

Dengan Memiey, Lyeen, Jaelle, Cici, Suri, Aida, Kak Ainz, Izzat, Apik dan Akmal. 

Sepatutnya pergi satu kelas tapi entahlah. Yang lain ada urusan kot, tak dapat join. Sedih juga, sebab dah plan kan. Dan sepatutnya hari ni pun nak pegi karaoke dengan besprengg - Bhen, Moriss, Casey dan Onjoy - tapi dah janji dengan gegurls pula kan. Hmm. Sorry Lenk :(

Pagi tadi telefon Mama. Beritahu yang elaunggg dah masuk tapi dah separuh habis. Mama cakap, 'Pandai-pandailah kau. Guna untuk yang penting-penting sahaja. Nanti kalau betul-betul habis duit sudah, bagitahulah. Boleh juga kirim RM50-100 ni. Tapi gunalah elaun tu bagus-bagus.' duhh. Amanat yang sama, tapi saban kali saya selalu terlupa. Takpa Mum! Sem ni saya cuba sehabis baik guna untuk yang perlu sahaja.

Tapi... tapi! :D untuk karaoke kali ni, saya sudah bagitahu Mama yang ini outing kelas, dan lebih ramai perempuan yang pergi dibandingkan dengan lelaki. Jadi Mama bagi kebenaran siap dengan pesanan - 'Jangan balik lewat sangat. KL tu. Bahaya. Jaga diri bagus-bagus. Jangan guna banyak sangat duit. Jimat' - Ouu Mama. I miss you. Really :')

Okey baiklah. Kejap lagi nak bersiap untuk outing ni. hihi. Apa-apapun, hari ini sahaja rasanya saya akan pegi karaoke ni. RASANYA. Sebab nak budget. :)

# Doa pada Tuhan agar Mama dan Papa sentiasa sihat.

No comments:

Post a Comment