Saturday 31 August 2013

Artis Cover Lagu Untuk Aku!





Thank you mister Moriss MC ^_^
Selalu ikut kau punya updates, dan tak pernah missed kau punya song cover.

So, kamu yang ada terview belogs saya ini, do visit his blog, and listen to his covers :D

HAHA. 

Thank you again! 
Two thumbs up!
Made my day ^______^

The Loss

Semakin hari, semakin banyak cerita duka yang kita dengar. Kehilangan seorang sahabat kerana kemalangan, dan sahabat-sahabat kita kehilangan orang tua mereka.

KEMATIAN. Tak kenal tua atau muda, miskin atau kaya, baik atau jahat, lelaki atau perempuan, sihat atau sakit, jika ajal kita telah tiba, kita akan mati juga. Tapi ramai dalam kalangan kita tak sedar, termasuklah saya. Tak sedar bahawa mungkin kejap lagi giliran kita pula yang akan dipanggil menghadapNya. Atau giliran mak, bapa, abang, kakak, anak, suami, isteri, tunang, datuk, nenek, anak buah, jiran ataupun sesiapa sahaja yang rapat dengan kita pula yang pergi.

Aku? Aku pula seperti tersentak. Aku jauh di Kuala Lumpur. Keluargaku jauh di Sabah. Andai terjadi apa-apa, aku harapkan Tuhan menguatkan aku, dan juga keluargaku. Aku mahu jika terjadi apa-apa perkara yang seumpama ini, aku mahu agar aku dan keluargaku sentiasa ingat bahawa Tuhan empunya jasad yang hidup di muka bumi ini, dan kepada Tuhan juga jasad ini perlu kembali. Aku mahu menghadapi setiap pemergian dengan keyakinan bahawa Tuhan akan ada di sisiku untuk menguatkan aku.

RISAU. Aku mulai melihat semula perjalanan hidupku. Memang jelas dan nyata aku telah mengumpul dosa yang teramat banyak. Aku tak tahu bagaimana harus aku menebus dosa-dosa itu, tapi yang aku tahu, Tuhan itu maha pengampun, maha mengetahui dan memahami. Dan aku mulai dengan menginsafi kelalaianku melayaniNya. Dan aku juga mahu insan-insan kesayanganku mendekatkan diri kepadaNya. Sebagai sahabat, sebagai adik, sebagai kakak, dan sebagai insan, aku mahu membawa mereka kembali kepadaMu Tuhan. Tak besar sumbanganku, tapi aku mahu apabila aku dah tak ada nanti, aku mahu diingati dalam doa mereka. Aku mahu diingati sebagai seorang yang membawa mereka rapat denganMu Tuhan.

Sungguh aku berniat mahu memaafkan semua yang menyakitiku, dan mengingatkan diri sendiri bahawa aku juga punya kejahatan yang mungkin orang lain tak mampu maafkan, dan dengan memaafkan mereka yang punya salah denganku, mudah-mudahan salahku juga dimaafkan.Tapi mungkin dendam sudah terlalu lama tertanam di dasar hati, sehingga maaf yang diungkap tak selari dengan dendam dalam hati. Tuhan! Aku mahu memaafkan mereka dengan seikhlas-ikhlasnya! Bantu aku Tuhan!

KENANGAN. Aku mahu dirku menjadi kenangan yang baik, dan mengukir senyum di wajah mereka apabila aku dah tak ada. Aku mahu menjadi satu kenangan yang apabila namaku disebut, mereka akan mengatakan yang baik-baik sahaja. Aku mahu apabila orang tua aku bertemu dengan sahabat-sahabat aku yang hadir tika pemergianku nanti akan tersenyum bangga kerana aku sudah melakukan perkara baik dalam kehidupan orang lain.

Sungguh. Aku takut untuk pergi, kerana belum ada amalku untuk dijadikan bekalan. Doakan aku sahabat. Doakan diri sendiri. Doakan juga ahli keluarga kita. Doakan sahabat-sahabat kita yang lain. Doakan orang-orang yang telah jauh daripada Pencipta. Doakan agar kita semua sempat kembali kepadaNya sebelum kita benar-benar pulang kepadaNya.

Amen.