Sunday 21 April 2013

"There's a Taylor Swift songs for that..."


Love Story 
- You and him like each other but you are not allowed to date

The Way I Loved You 
- You love your new boyfriend, but you can’t get over how things were with your old one

Invisible 
- You like him but he likes her, and she’ll never like him, and you do

Fifteen
 - You believed everything he said, and now you realize that young love does not last

Should’ve Said No 
- He cheated on you, and she was not worth it, and he’ll never have you back

A Place In This World 
- You just want to fit in

Forever & Always 
- You and him went from being perfect to horrible so quickly

Tell Me Why 
- If he loves you then why does he like to hurt you?

I’m Only Me When I’m With You 
- He’s the only person you can be yourself around

Change 
- You believe that things will get better

Teardrops on My Guitar 
- You want him so bad, but he only sees you as the girl he talks about his girlfriend with

Mary’s Song
- Our love is everlasting

Today Was A Fairytale
- That was the best date of your life

Fearless 
- With him, you’re not afraid to do anything

White Horse
 - He broke your heart, and you won’t forgive him

The Outside 
- You don’t fit in in his world

Jump Then Fall
 - You fell for him, now he just needs to fall for you?

You Belong With Me 
- You’re so much better for him than she is

# Credits to Olivia Arlfreanny Robert who found this and post it. :)

Aku Rindu

Satu sajak yang aku ukirkan, tika dada banjir. Dan tika tiada siapa di sisi untuk mendengar satu irama yang jiwaku lagukan.

AKU RINDU

Berlari 
dan berlari..
Entah mana sampainya aku tak tahu

Teriak
dan teriak..
Entah sampai bila aku pun tak tahu

Merintih..
dan merintih..
Entah siapa mendengar aku tak mahu tahu

Ketawa..
dan ketawa..
Entah siapa tak dengar aku nak perdengarkan

Dan meraung..
Terus meraung..
Entah aku masih diriku atau tak.

Kelam. Kecam. Serabut. Sesak.
Dan aku lihat kosong.

Luluh. Luruh. Lemah. Layu.
Aku kini merangkak mencari erti rindu.
Kerana tiada ku lihat diriku yang hilang.
Kerana aku resah malam menjenguk dan bagi aku ruang teresak.

Aku kerling satu waktu
Dan desak agar aku boleh ketemu kembali
Tapi masih aku dibiar sepi sendiri
Dan aku terus meraba pedih.

Kerana aku rindu.

Saturday 20 April 2013

Pathetic


Aku malu. Semalam aku beria-ia kata bakal tutup buku. Tapi aku tak mampu nak buat benda tu. Aku rasa biarlah buku ini dibuka, sehingga satu detik itu tiba. Detik di mana seseorang akan membantu saya menlangkah dari kekosongan ini, sehingga tak aku ingat langsung di mana letaknya buku 
"Kisah Kau dan Aku".

Sejujurnya, aku manusia sangat kurang cerdik sehingga tak mampu melepasi dugaan ini. Dan aku memang begini. 

Sejujurnya, aku tak merindui kau. Tapi aku rindu KITA yang dulu.

Dan jujur, bila sebak menguasai aku, aku berdoa untuk KITA. Bukan untuk KITA kembali bersama-sama, tetapi untuk kebahagian KITA masing-masing. Aku doakan kau akan jumpa insan yang dapat membantu kau memaafkan aku yang hadir dengan senyuman dan akhirnya pergi dengan satu parut di hati kau, kerana aku tak mampu memberi kau satu keyakinan. Aku berdoa dia akan membahagiakan kau. 

Aku juga berdoa. Mohon agar rasa yang masih tersisa ini akan pudar juga. Agar aku mampu memberi ruang kepada seseorang yang lebih baik. Bukan sekarang, tapi di masa hadapan.

Tapi buat masa ini, biarlah cerita ini begini.

Maafkan saya, kawan.

Entri SAHABAT: Mulut Laser







# Kita tahu perangai sahabat kita. Tapi kadang-kadang kita tak peka. Ataupun kadang-kadang kita sendiri yang cepat ambil hati. 

# Maaf. Saya bukan sahabat yang setabah, sebaik dan sesuci kamu. Sehingga diberi gelar macam-macam.

# Kuasa printscreen. Tak bernama, tetapi topik yg sama dibincangkan. Terbukti, itu saya yang kau maksudkan.

# Saya maafkan kamu. Tolong maafkan saya juga.

Thursday 18 April 2013

Entri BFF: Cik Lyeen

Hai semua. Apa khabar? *bajet banyak readers* Semoga semuanya sihat-sihat saja. Macam saya yang makin hari makin sihat. hihi. Firstly, thanks to all of you who stop by and read this entry. ^___^

Ta daaa! Comel kan kan kan? hihi

Ini Floe dan Cik Lyeen, sahabat susah senang saya yang baru je kenal selama 3 tahun.

Dan entri ini khas untuk dia. Harapnya dia akan baca. Almaklumlah dia kan belogers tegar yang famous amousss tu. Nak ke dia jenguk belogs saya yang usang sang sang sang ni?! haha. Lyeen! Meh baca meh!

Dear Cik Lyeen,

Haii geng. Setelah sekian lama sibuk, maka saya rasa entri cinta ini akan membuatkan kau rasa kau dekat balik dengan saya. hihi. Saya mulakan dengan 1 penyataan. "I Miss You". p/s: kami bukan lesbian.

It's been a while since kita bercerita berjam-jam, since saya datang bilik kau dan buat macam makanan kau makanan aku, katil kau katil aku, laptop kau laptop aku, room mate kau room mate aku. Dan jujur, aku sangat rindu untuk bebel kau. :')

Firstly, maafkan saya sahabat. I failed to see that this few days, ada sendu di wajah kau. Mengapa dan kenapa, biarlah cerita itu di antara kita sahaja. Saya tahu bagaimana rasanya menangis sehingga terlelap setiap malam, dan saya juga tahu bahawa dalam masa itu mesti kau rasa kau lemah sangat, dan keseorangan sangat. Sorry for that. Mesti kau fikirkan yang saya ni sudah tak ambil kisah hal kau.. Sudah tak sudi mendengar cerita kau.. Sorry for that!

Secondly, maafkan saya sekali lagi sahabat. I failed to respond nicely to you apabila kau bertanya atau bersuara. Saya sedar, kau selalu bersabar melayan karenah saya. Yang tak tentu warnanya. Kadang-kadang kelabu, kadang ungu, kadang pink dan kadang tak ada warna langsung. Maaf untuk semua kecewa, sakit hati, bengang dan sedih yang kau rasa kerana saya. Selalu saya terkasar dengan kau, dan ada kalanya lupa untuk meminta maaf. I'm sorry!

Seterusnya (macam karangan yang skema kan), maafkan saya kerana dulu saya lain, sekarang makin lain. You ask me to accompany you to the nearest mall untuk beli ubat, tapi saya penat, dan menolak ajakan kau. I know, walaupun kau senyum kata "tak apalah.." tapi jauh di sudut hati kau terasa juga kan. Then mesti kau cakap "Dulu si Floe ni tak benarkan aku jalan seorang diri. Sekarang ni dia dah tak peduli pasal aku.". I'm really sorry for that. Hanya sebab penat, saya lupa fikirkan perasaan kau.

Then, sorry juga sebab kau dapat sahabat macam saya. Yang suka membebel macam mama-mama, suka mengarah, suka memaksa, suka buat bising, suka mengacau, suka ambil makanan kau, suka baring atas katil kau, suka tayang muka tak hensem pagi-pagi sebelum p kuliah, suka tumbuk kau yang ayu dan lembut, suka minta perhatian kau, selalu cemburu buta. EH? hihi. Memang kadang-kadang saya agak terasa hati apabila nampak kau rapat dengan kawan lain hingga saya diabaikan. Bukan sebab saya lesbian, tapi saya terbiasa 'lyeen dengan floe, floe dengan lyeen'. Tapi saya sedar juga yang saya tak boleh tamak. HAHA. Saya bersyukur juga sebenarnya sebab kau rapat dengan ramai orang sekarang. Sebabnya, kalau saya sakitkan hati kau, kau boleh ber-geng dengan mereka tu dan tak rasa panas hati sangat dengan saya. ^___^

Banyak lagi. Tapi saya takut kau pengsan baca entri yang terlalu panjang ini. hihi. So, kesimpulannya, saya terbiasa dengan kehadiran kau dalam setiap hari saya. Dan sebagai seorang manusia yang sangat, sangat, sangat banyak kepincangan, saya bersyukur sangat sebab ada kau untuk mengingatkan saya, menenangkan saya, dan menerima saya. I thank God for this friendship. 

Ingat selalu, kita umpama Vanilla dan Coklat. Sangat berbeza, tapi sangat sedap gabungannya. 



# Sa pun tak tahu kenapa saya nak juga tulis semua ni tapi this is it. Jumpa ahad ni. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa habiskan makan nasi kau. Jangan tinggal solat. Jangan lupa ulangkaji, UAK next week. jangan lupa rest bagus-bagus setelah sekian lama asyik sibuk dan jangan lupa untuk senyum dan ketawa setiap hari. Lobs u :')

Friday 5 April 2013

Perempuan memang kena jadi SUPER LEMBUT eh?

It's great I didn't jump into you today. It would be awkward to pass by, with this teary eyes that stays with me the whole day.

Pathetic huh?

Yes.

Okey baiklah. Aku buat entri ni sebab nak bagitahu. Setakat ni sudah 6 orang yang tegur kekasaran personaliti saya.

"Sebagai bakal cikgu, ubahlah yang kasar tu. Tak manis nampak cikgu perempuan ni kasar-kasar."

"Florina, cuba jadi perempuan sikit!"

"Awak ni tak rasa awak ni kasar sangat ke? Cubalah berubah. Takpa. Pelan-pelan."

"Cuba jadi cikgu yang tak huha sana, huha sini. Kan bagus kalau cikgu perempuan ni ayu, pemalu, lembut."


EH? Macam mana ni? Aku rasa aku dah cukup ayu dah ni sekarang. huhu. Terai tanya Akmal. Hari-hari kot dia puji aku dah makin ayu. Kan Mal? Kan? 

Sebenarnya, jadi perepmpuan memang kena jadi ayu eh? Aku takleh nak bergerak cergas aktif jiwa bebas bagai eh? Aku takleh sikit-sikit nak ikut program itu ini eh? Takleh itu takleh ini eh?

Jadi aku nak jadi siapa?
Yang gegurls yang asyik diam, tersipu-sipu 25 jam sehari, tunduk, tak gaul ngan sesiapa, tak nak ikut apa-apa, tak buat apa-apa SEBAB AKU PEREMPUAN?

Aku berusaha jadi lembut, ayu, sopan santun.. Pemalu tu memang dah sedia ada. tapi kalau nak suruh aku terus jadi ayu-ayu tu 24/7, sorry. Aku memang tak boleh. 

Thanks by the way untuk semua teguran yang diberikan. ^___^

#Quotes MissingYou





05 APRIL 2013

Sekian lama menyepi, hari ini saya kembali melakar isi hati. Hai semua ^_____^ Thanks kepada yang sudi singgah dan baca entri-entri saya selama ini, dan kepada yang tak sengaja singgah, hai! Salam perkenalan dalam laman belogs dari saya, Floe si admin yang comel. hehe

Baiklah. Tujuan entri ini adalah untuk mengabadikan satu tarikh keramat bagiku. Eseseseseh! haha.

05 April 2012
 Setahun yang lalu.. Dan hari ini..
05 April 2013.
Setahun yang penuh suka duka, penuh resah gelisah, penuh tawa tangis, penuh tangis rindu.

Sempena tarikh ni, saya persembahkan satu sajak. Yang saya cipta saat menulis entri ini.

Aku, Tanpa Kau

Lalu berhembus satu bisik sayu
Dendang rindu masih setia berkumandang
Tak jemu menyapa hatiku
Terus hadir menemani resahku

Keluhan sekali lagi aku biar bebas
Dan satu senyum aku ukir
Ke langit arahku memandang
Cuba meminta sang rembulan tenangkan aku
hampa aku
sinarnya tak hadir dalam kelam aku saat ini

Sedetik aku pejam mata
Cuba aku lukis semula saat indah
Tika lafaz setia terukir
Tika pagar hati aku biar terbuka luas
Tika bahagia selalu ada

Sekejap cuma
Basah ruang hatiku
Luluh rasa ini makin terasa
Dan lelah rasa ini sembunyi 1001 sendu

Perlahan aku terdengar rasa itu retak berkecai

Perlahan aku tunduk
Lalu biar tangis akhirnya kuasai aku

# tak mudah. tapi kena paksa diri juga. :')