Thursday 19 September 2013

ENTRY Sisters: Kau Satu

Dalam lautan manusia yang aku jumpa, hanya beberapa orang yang tetap kenal aku bila aku terjatuh dalam lopak lumpur, yang busuk, yang dalam. Dan kau salah satunya.

Thanks.

Tak akan pernah henti rasa syukur aku sebab aku ada kau sebagai sahabat.

Momen sewaktu di DPM masih boleh aku papar jelas dalam ingatan.
Aku abai kau.
Aku pilih dia, dia dan dia, pinjam masa aku, menemani tika mereka rapuh.
Aku lupa kau.
Aku lupa yang kau juga sahabat aku.
Aku lupa yang kau keras di luar, tapi dalam kau pendam kecewa kau.

Maaf.
Maaf untuk semua itu.

Momen aku palit sejarah hitam.
Aku lari dari semua orang.
Tapi tika aku sembunyi di bawah selimut, aku dengar kau.
Tika aku raung pedih dalam hati, aku nampak kau.
Tika aku rasa aku dibuang, kau temui aku.

Kau cari aku tika aku cuba lenyapkan seorang 'florina gukin' dalam diriku sendiri.
Bila ketemu kau tak peduli warnaku sudah kelabu.
Kau hulur pengertian,
kau ubati kekosongan,
kau setia usap luka yang penuh darah.

kau terima aku tika aku sendiri tak mampu terima diriku.

Hingga saat ini.
Aku yang gagal jadi baik,
kau cari, kau tanya, kau minta pendapat.
Kerap aku sebak.

Tuhan baik sangat.
Terlalu baik.

Layakkah aku kau layan dengan baik?
Tak.
Layakkah aku kau anggap sahabat susah senang?
Tak.
Layakkah aku beri pendapat untuk setiap tanyamu?
Tak.
Layakkah aku menjadi sahabatmu?
Tak.

Tapi kau tak peduli.
Kau masih di sini.

Sahabat.
Oh sahabat.
Terima kasih.
Dari lubuk hati paling dalam.
Sedalam yang kau mahu. :')

Aku doakan kekuatan sentiasa ada untukmu,
senjata untuk terus kejar bahagia,
dalam tangis, tari, tawa, sakit, susah, dan sendiri.

Selamat 21 tahun, Rozanna Felix Jipony. Aku sayang kau.

Floe Yohanes
03:43
19-09-2013