Friday 24 February 2012

| Hurt Me Even More |

Perasaan apabila ada sesuatu yang menghimpit perasaan saya. 
Perasaan yang hadir apabila saya inginkan sesuatu tetapi
tak pernah tahu apa yang sebenarnya diingini.
Perasaan yang ada apabila kesedihan itu menggamit jiwa,
tetapi saya tak tahu bagaimana untuk menenangkannya.

Bila saya merindui dia, hanya air mata yang memahami.
Tak mampu meluahkan kepada sesiapa.
Tak mampu berkongsi rasa dengan mereka.
Tak mampu bersama-sama dia yang dirindui.

Sakitnya apabila merindui,
dan sedar bahawa dia belum merinduiku.

Sakitnya apabila menyayangi,
dan sedar saya hanya menggenggam janji yang telah lama dimungkiri.

Sakitnya apabila merindui seseorang yang dibenci.

Luka itu semakin dalam, setiap hari yang berlalu.

*cinta itu air mata

Saturday 18 February 2012

| Sorry Kawan |

Bila orang yang saya sayang pun 
mengabaikan saya.....
Maka....

Saya akan bersedih, dan bersedih (dan bersedih)..

Senang untuk menyayangi seseorang.
Susah untuk memaafkan seseorang.

Maaf, bukan sengaja untuk menjadi manusia 
yang suka berdendam ni.

Bila saya diabaikan, saya pun akan mengabaikan.
Bila saya dimarahi, saya pun akan memarahi.
Bila saya tak diperlukan, saya pun akan membuatkan anda 
berasa yang anda tak diperlukan langsung dalam kehidupan saya.

Walau apa-apapun, saya bukan sesiapa untuk memaksa setiap orang 
jadi hipokrit, semata-mata untuk menjaga hati saya.

Satu je.
Saya tak nak hanya dicari apabila tiada orang lain yang 
sudi mendengar kau.
Selain tu, semua kau ceritakan dengan 'orang' yang kononnya
sangat memahami kau.

*sori kalau terasa*

Thursday 16 February 2012

| Tiket Kapal Terbang dan Saya |

Tambang perjalanan : RM 33.00
Cukai kerajaan + cukai minyak : RM 16.00
Jumlah bayaran sekali jalan : RM 49.00

Destinasi : Kota Kinabalu
Dari : Kuala Lumpur
Masa :  (Balik Sabah)12 November 2012 - (Balik K.Lumpur ) 2 Januari 2013

Pergi balik : RM 98.00.
Tempoh masa pemprosesan 'booking' tiket : 45 minit
Cara pembayaran : CIMBClicks. Senangnya !

Ohh, indahnya dunia ! :)

Semester ni saya berjaya membeli beberapa tiket perjalanan
kapal terbang menggunakan duit sendiri.
Yalah ! Selama ni asyik mengemis dengan abang sendiri saja.
HAHA
Thanks abang ! dan juga kakak saya ! :)
Dan saya juga telah berjaya membantu beberapa orang yang comel
untuk membeli tiket :) 

*tiket PBS, cuti hujung tahun sudah beli, tapi..
:: Ammmm.. saya minta abang saya yang beli tiket untuk saya balik
Mei ni boleh tak ? ::
HAHAHA

**abes duit :(

***Terima kasih Tuhan ! :D

Tuesday 14 February 2012

[ Buat Kerja VS Buat-buat Kerja ? ]

Beginilah keadaan meja saya sekarang.
Sambil-sambil cari nota, sambil-sambil
'online', buka-buka novel,
buka-buka blog, dan print-print nota. HAHA
Rasanya saya ni masih dalam kategori 'melaksanakan tugas sebagai pendidik' ni, 
sebab mengamalkan Pendidikan Sepanjang Hayat, 
melalui pembacaan novel dan nota-nota. Hakhak!


Sekarang ni saya ada dua novel yang menanti masa untuk dibaca,
yakni P.S. I Love You dan Akhir Sebuah Cinta,
dan tidak dilupakan nota KPB : Konstruktivisme ! hehe

Apabila novel dan nota digandingkan,
saya.. Tak tahu antara dua,
maka saya beralih kepada blog ! Hikhik

*rajin, rajin juga. Tapi jangan paksa ! hihi

** tak sabarnya tangan nak beralih kepada novel. Sabar sayang, sabar ! Esok-esok 
bacalah puas-puas (memujuk diri sendiri).

[ Handphone Sunyi ]

Hari ni handphone saya sunyi saja.
Diam. Kaku.
Err.. Selama ni sentiasa di genggaman.
Hampir tiap masa berbunyi, dan dibunyikan.
HAHA

Okey baiklah.
Kawan saya yang rajin membunyikan handphone saya mengikuti
program BIG. 
Di Sitiawan, Perak. Selama 4 hari.

Bestnya ! Tak sabar nak pergi juga.
Hehe

Sementara tak ber-'kamceng' dengan handphone ni,
saya merajinkan diri untuk memadu asmara dengan kerja kursus.

HAHAHAHA ~ saya suka dengan kerja kursus ! Serius !

Saya doakan kamu dan kamu juga kamu yang sedang ber-Bina Insan Guru
dari hari Selasa (14 Feb) hingga ke Jumaat (17 Feb) ini
dapat mengikuti semua program yang dianjurkan dengan baik,
dan bersemangat, dan beretika keguruan.
Cheewwwah ! haha

Okey sayang kamu dan rindu kamu !
Babai ! :D

*jimat kredit. Hikhikhik

The Strange Day

It's odd when
somehow you realise someone, a friend of yours is staring at you.

For some moments, and they keep staring.

And you can't focus in the class.
Curious to know what is wrong with you.

And it is ANNOYING when you
realise someone who close to you stare at you.
With the cynical smile.

Dear friend,
please stop staring.
I don't like the uncomfortable feeling when I know you
are staring and I act like I don't know.

*strange day huh?

Sunday 12 February 2012

:: Love ::




Love is about everything.
You cry, you laugh, you smile, you stress, you disappointed, 
you hate, you miss, you want, you need, you care about it.

And you live in it.

| The Selfishness In Me |


Too selfish.

In friendship.
In love.
In class.
In arguing something.
In life.

Sorry, to those whom I'd left with a painful scars in your heart.

Saturday 11 February 2012

| Floe dan Kak Wong |

Ta da !

Err.. Cun tak ? hihi
Ni akak senior saya di IPG KBM ni.
Nama dia Wong Chiew Peng :)

Ada yang tertanya-tanya tak mengapakah gambar dia tiba-tiba muncul dalam 
blog saya ni ? Hihi..

Banyak sebabnya. 
Tapi sebab yang paling utama adalah.....

Jeng jeng jeng ! HAHA

Sempena hari jadinya semalam ( 10.02.2012 ),
dia bagi saya hadiah pula. 
Err.. Comel kan ?
HAHAHA
Dia yang menyambut hari jadi, saya pula yang dapat hadiah.
Bagusnya macam ni..
Kan best kalau hari-hari jadi birthday dia :P

HAHAHA. Tamaknya saya ni !
( Cik Lyeen, ko tak nak tampar saya ? Ko kan biasa tampar orang :P HAHAHA )

Okey hadiah yang diberi adalah.....

Mug hensem yang saya sedang gunakan untuk minum Cofeemix sekarang !
HAHAHA

Selain daripada hadiah ni, dia ni banyak berjasa kepada saya. WOW !
haha..

Antaranya ialah :
| memperkenalkan saya dengan Great Eastern @ Saving Plan |
| memberikan nasihat dalam pengurusan kewangan |
| selalu beri makanan yang saya terima dengan mulut terbuka lebar HAHA |
| meminjamkan heater kepada saya. (perlukah diberitahu? HAHA) |
| berkongsi ilmu pengajian sebagai pelajar senior |
| melayan mulut saya yang suka bercakap ni setiap hari dalam bilik |
| masih sudi menjadi Room mate saya |
| banyak lagi, tapi biarlah semua tu jadi rahsia kami berdua. Ahahahaks ! |

*kesimpulan : Dia room mate saya. Kami bahagia bersama. Anda jeles tak ? Hakhak

|| Thanks rumet :P ||

| Cikgu Floe dan Kerja Kursus |

Sebagai pelajar, sememangnya
kerja kursus dan saya tak dapat dipisahkan.
Setia gitu ~ Eeewah ! hihi

Setakat ni, sudah ada TIGA tugasan kerja kursus yang
saya dapat, yakni untuk subjek yang berikut : 

| Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah |
| Tamadun Islam dan Tamadun Asia |
| Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah |

Err.. Itu yang rasmi punya la..
Yang tak rasmi pun ada.
Antaranya ialah penghasilan sebuah buku yang menghimpunkan karya-karya kreatif 
pelajar PISMP 1 D, di bawah kelolaan arahan oleh Dr. Mashudi Bahari.
Setiap pelajar perlu menghasilkan satu cerpen dan tiga puisi.
Hebat kan ? *saya suka ! hehe*

Baiklah, berbalik kepada topik utama, yakni tugasan kerja kursus!

3 sem yang lalu memang buat tugasan ni semua sekadar untuk siap, dan hantar.
Semester baharu ni, azam saya, nak buat yang terbaik.
Yang ada baca entry ni, doakan saya !

Catatan tentang perbincangan tugasan TITAS dengan Zul, Lyeen dan Suri.
Rajin kan ? HAHA

Beginilah soalan yang diberi. Siap dengan penerangan tentang cara membuat tugasan, 
pemarkahan, dan bla bla bla. hihi

*yakin untuk memulakan kerja membuat tugasan. Err.. Google itu sangat penting ketika tugasan 
mulai menampakkan wajahnya :P

| Bakal Pendidik |

Bakal pendidik.

Meskipun masih bergelar peserta kursus dan belum lagi 
dibenarkan mengajar, 
imej profesion keguruan ini harus dijaga.

Kenapa ?
Mengapa ?

Sebab, suatu hari nanti, kita akan benar-benar menjadi seorang pendidik.
Maka, wajarlah kiranya bermula detik kita menerima tawaran mengikuti kursus perguruan ini,
kita mulai membentuk personaliti diri sebagai guru yang berkualiti sedikit demi sedikit.

Personaliti berkualiti ?

Bagi saya, ini adalah personaliti yang berkualiti sebagai bakal guru.

1. Selalu SENYUM
2. Tidak memencilkan diri sendiri
3. Suka membantu orang lain (mengikut keupyaan)
4. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri
5. Rasional
6. Tidak menggunakan kata-kata kesat / kotor
7. Berani mencuba sesuatu yang baharu
8. Tidak mementingkan diri sendiri

Paling penting,
| menyedari tanggungjawab diri sebagai seorang pendidik |

Banyak lagi tu, tapi saya cuma senaraikan apa yang terlintas dalam benak saya.

Sesungguhnya, kita semua ini hanyalah manusia biasa yang meminjam kehidupan daripada Tuhan.
Maka, ingatlah bahawa nikmatnya kehidupan hari ini adalah
disebabkan Tuhan masih belum mengambil semula milik-Nya itu.
Begitu juga dengan kesempatan menjejakkan kaki ke IPG.
Dan juga peluang mengikuti kursus perguruan ini.

Oleh itu, tepuk tangan, tanya hati, jangan Google okey.
Selama ini, kita ada bersyukur tak dengan kurniaan-Nya ini ?
*saya lah terutamanya. huhu*

*semoga Tuhan memberikan kesempatan kepada kita untuk menggenggam segulung 
ijazah dan mendidik anak bangsa. Ajal itu pasti, masa saja yang tidak pasti.


Friday 10 February 2012

"SEGMEN: SAYA BLOGGER BAHARU FASA 2!"

Senyum lebar-lebar dan yakin bahawa anda comel :P

Saya blogger baharu :)

Thanks to Cik Lyeen sebab dah merajinkan diri anjurkan segmen macam ni untuk bantu saya yang masih mentah sangat dalam ber-blog ni :)



 TEKAN sini kalau kamu dan kamu yang sedang baca entry ni berminat nak join sama :)

Saya dengan bangganya nak tag orang-orang ni ::
Cik Lyza yg Awesome
Mr Moriss yang Encemm
Mr Bhen yg Comeii

*Esok-esok nak lagi boleh ? Hihi

|| Lyeen saya sayang ko banyak-banyak ||

HAHAHAHA

| Coklat |

Haiii :)
hehe

Cerpen saya dah siap.
*ulang pengumuman selepas post terdahulu*
HAHA


Sebenarnya post ini hanyalah bertujuan untuk mengarut sahaja kerana
perasaan gembira yang membuak-buak.
Eeeewaah ! HAHA

Suatu pagi yang biasa-biasa saja,
saya sedang menikmati pemandangan Stadium Hoki Malaysia yang indah dengan
Cik Eva..
Tiba-tiba, Moriss Mc yang hensem datang.
Err.. Dia bagi something.
Err.. Dipendekkan cerita..

Saya dapat coklat ! :D

Coklat comel yang pembalut dia warna-warni.
Comel sungguh.
Err.. Bukan coklat tu yang comel..
Orang yang menerima coklat tu yang comel.
Lagi sekali ~ eewwaahh ~ HAHAHA

Thanks kepada yang sudi mendermakan coklat :D
Sayang kau !
Err.. Bukan yang memberi, saya sayang coklat yang diberi. Hakhak

*senyum lebar2 dan makin comel :D

Thursday 9 February 2012

| Cerpen + Floe dan Lyeen |

Gembira sangat !

Kenapa ?
Mengapa ?

Jeng jeng jeng jeng jeng ! ! ! 



Cerpen saya sudah siap !

HAHAHAHA

Baiklah..
Saya ingin memberikan sejuta penghargaan kepada penama-penama yang berikut.

Yang pertama : Marleenah Roslee
Yang kedua : Cik Lyeen
Yang ketiga : Leen lembik
Yang keempat : kawan saya.. Leen gedik..
*dialah yang membaca cerpen saya dan memberi komen membina :)*

Dan penghargaan paling banyak ditujukan kepada penama-penama yang berikut.

Yang pertama : Florina Gukin
Yang kedua : C Floe
Yang ketiga : Si Comel Floe
Yang keempat : eerr.. Pemilik blog. hikhikhik
*penulis cerpen..hakhak*

Baiklah, tahniah kepada cerpen yang telah siap,
dan terima kasih kepada kawan saya, LYEEN yang comel :P

| Lebih banyak cerpen diperlukan . Go Go Go Floe ! dan Lyeen :P |

| Berdiam Lebih Baik ? |

Saya suka bercakap.
Tak boleh duduk diam dalam jangka masa yang lama.
Mesti bercakap juga.
Tak bercakap saya akan kacau orang.
Seriously, saya seorang yang sangat 'hyper-aktif'.
Tak sah sehari saya tanpa berceloteh :D

Tapi, sebising-bising saya ni,
ada masanya yang saya akan jadi sangat senyap.
Senyap sampai kawan-kawan yang lain akan tanya,
: Floe, ko okey ka ?:
WOW ! 

Tapi memang jaranglah jadi macam tu. HAHA

Berdiam lebih baik. Sebenarnya.

Saya cuma akan berdiam apabila saya sedang
< bersedih (more to family) >
< datang 'mood' untuk berdiam (err..study tiba-tiba? haha) >
< marah >
< merajuk (kawan? err..) >

Tapi tu semua normal kan? hehe

Tapi saya ada satu kebisaan negatif tentang berdiam ni.
Nak tahu ? 
Meh saya beritahu..

Saya cenderung untuk membisukan diri saya dengan
seseorang yang rapat dengan saya apabila saya sudah terasa dengan
kata-kata ataupun perbuatan mereka.

Membisu dalam kes saya ialah langsung tak menegur, mengabaikan sebarang benda 
yang berkaitan dengan orang tu dan langsung tak tengok pun.
See?

Lebih-lebih lagi dia tu orang yang saya sayangi.

*nanges

:: Errr... Mi Goreng Ayam VS Mi Goreng + Ayam Goreng ::

Ini merupakan kisah benar. 
Yang berlaku kepada orang yang benar-benar orang
dan di tempat yang benar-benar kafe dengan mi gorengnya yang benar-benar mi goreng.

Alkisah suatu petang ini,
saya telah memesan makanan di kafe kegemaran ramai, Kafe YY (nama sebenar dirahsiakan)..
Pesanan tu saya amanahkan kepada pakcik yang sentiasa bermasam muka.
*Amjal lebih disayangi oleh pelajar, kerana pakcik ni la yang tak mesra :P*
Pesanan yang saya buat adalah MI GORENG AYAM.
Dalam senarai harga makanan di kaunter itu tertulis begini :
Mee Goreng : RM3.50.

Maka, tunggu punya tunggu,
ta da !
Mi goreng saya berjaya disediakan dalam masa 10 minit sahaja kerana masa tu memang
tak banyak orang pun..
Saya dengan yakinnya memberikan wang RM 10,
dengan keyakinan yang sangat tinggi,
makcik kaunter itu akan memberikan RM 6.50 baki duit saya.
Sekalinya dia bagi RM 5 je.

AIK ? *terluah secara nyata di hadapan orang-orang kafe itu*

Hairan bin ajaib sebab harga pesanan saya tiba-tiba meningkat.
Eeewah, sesuka hati je kataku.. (dalam kotak hati sendiri jew)

Penjelasan yang saya dapat secara langsung daripada pakcik muka masam tu :
| Dia tulis dalam pesanan ni 'mi goreng ayam'.
Mi goreng tu sudah dicampurkan dengan seketul ayam goreng.
Harga semuanya RM 5. |

Persoalan pokok di sini :-

| Saya ada suruh ke campurkan mi goreng yang saya pesan dengan
seketul ayam goreng yang berharga RM 1.50 tu ? |

Persoalan bukan pokok pula :-

| Kenapa perlu marah-marah bila nak jelaskan tentang semua tu ? |

Kesimpulan :
| Sedaya upaya saya tak akan makan di kafe itu lagi. Kecuali dah terdesak sangat. |

** terasa hati dengan pakcik tu yang suka2 je marah orang sedangkan dia tak tanya pun saya nak ayam goreng ke.. kukus ke.. panggang ke.. 



Wednesday 8 February 2012

[ Life Is Not A Fairytale ]

Setiap orang mengharapkan yang terbaik dalam hidup mereka.
So am I :)
Suka meminta-minta dengan Tuhan supaya bagi saya kehidupan yang senang, aman, dan tak susah !

WOW !

Life is not a fairytale ~

Siapa yang setuju dengan pernyataan di atas ?
Saya setuju sangat :D

Hidup ini indah jika kita menghargainya,
dan sebaliknya jika kita mengabaikan kehidupan kita sendiri.

Baiklah, straight to the point la saya ya :)

Sebagai seorang manusia yang masih bernafas, 
kita tak sepatutnya mengharapkan orang lain memahami kita secara sepenuhnya.
HAAH ! Sebelum nak suruh orang lain faham kita 100%,
tanya diri..
Kamu memahami si orang lain itu ke ? *hikhik

Baiklah, straight to the point yang kedua ~ hehe

Sebagai seorang sahabat juga,
kita tak sepatutnya menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri.
Yalah. Kononnya nak bersahabat hingga ke akhirnya,
alih-alih jadi musuh pula.
Tak ke haru bila jadi begitu ? huhu

Layan orang lain sebagaimana kita nak orang lain layan kita.
Tak susah.
| banyakkan senyum |
| bertolak-ansur |
| sayangi seseorang dengan ikhlas |
 -meskipun hanya sebagai seorang kawan, jangan berkawan kerana ada niat-

Jangan mengharapkan hidup kita ni akan berakhir dengan 'happy ending' sekiranya kita tak berusaha ke arah itu. 
Nak 'happy ending' juga ?
Sila bermula dengan 'happy beginning' anda :D

Last but not least, 
 || Janganlah hanya cari sahabat tu masa anda memerlukan sesuatu sahaja ||

**Peringatan lebih untuk diri sendiri @ Eolfy Icha**


Tuesday 7 February 2012

:: PAPA c Floe ::

Rindu.
Sangat rindu.

Bila dah duduk jauh daripada ibu bapa ni, memang MERINDU tu sudah jadi perkara biasa.
Kata orang, tempat membesar lagikan dikenang, inikan pula tempat orang yang kita sayangi tinggal.
ehhh.. Sama pula tu kan. HAHA

Sebenarnya sekarang ni saya risau. huhu
Tanyalah kenapa. 

|Kenapa?|

Huhu. memandangkan ada orang tanya (diri sendiri), meh saya kongsi..

Papa saya sekarang sakitlah. Batuk-batuk. Sakit badan.
Papa saya ni dah 62 tahun, sekarang dah tak berapa cergas.

SEDIH :(

Dulu masa cuti dan saya duduk di rumah ja, sayalah yang rajin urut badan Papa saya ni.
Bila sudah jauh ni, hanya doa yang mampu saya kirimkan.

Selalu, doa saya begini,
| Tuhan, beri kesempatan kepada saya untuk menyenangkan mereka dengan kejayaan saya nanti |

Boleh tak saya berdoa macam tu ? Tidak keterlaluan juga kan ?

*Nanges..

:: Fact About Girls ::

:: Girls, they always want to be surprised by anyone ::

:: Most girls will drop lots of hints to tell you that they like you, but won't come right out and say" I like you" or "I love you". If you think they like you, there is a good chance they do ::

:: Usually, when a girl is sarcastically mean to you, it means they're attracted to you, but are afraid that they'll be showing too much ::

:: Even if you think it is cool to burp, fart, or emit other strange gases from your body, it is not. Though we sometimes will tell you it is ::

:: If they complain that something hurts, rub it for them without being asked ::

:: When the time comes to break up with a girl, do it yourself, and do it in person. Let her down NICELY, and always explain why. NEVER ever get someone to do it for you. You may think it’s the way to go, for less tears and just making it easier for her, but trust us, it isn’t ::

**copied from webpages**

:: Quotes About Missing Someone ::


 |Absence from whom we love is worse than death, and frustrates hope severer than despair.~ William Cowper |

| Missing someone gets easier everyday. Because, even though it is one day further from the last time you saw each other, it is one day closer to the next time you will. ~ Anonymous |

| The worst way to miss someone is when they are right beside you and yet you know you can never have them. |

| The best feeling in the world is to be millions of miles away and still be able to picture his eyes. |

My own quotes :
Missing someone is just an unstoppable habit 'cause although we know it's hurt to miss them,
we still do these habit.

I miss you. Every single minutes in my day.

:: FLOE dan Cerpen ::

BLUR !

Taaa daaa !

Beginilah muka saya sekarang..
Mulut terherot-berot.. Mata tajam merenung kertas.. Dahi berkerut 77 kali..

Dengan muka yang sangat blur,
saya bertanya kepada diri sendiri.
 | cik kak ! Kenapalah saya ini kurang cerdik dalam bab-bab cerpen ? |
Maka jawab diriku itu,
| Sebab cerpen-cerpen sebelum ini pun tak pernah siap buat :P |

Haaaaaaaah !
Sedihnya saya :(

Sebagai pelajar yang mengambil Major Bahasa Melayu di IPG Kampus Bahasa Melayu ini,
kami memang sentiasa ber-'kamceng' dengan karya-karya kreatif seperti ini..
Ada Sayembara Penulisan laa, 
menghasilkan buku-buku karya pelajar sendiri laa,
menghasilkan buku (novel, cerpen, puisi) sebagai tugasan kerja kursus laa..
Tapi tak apa ! Sebab saya memang minat pun ! :)

Baiklah..
Puisi sudah siap, meskipun sungguh tak puitis, tapi sekurang-kurangnya sudah siap :(

CERPEN ??

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ~

Tuhan, bimbinglah mindaku.. Agar mampu mencanai kreativiti untuk menghasilkan 
karya kreatif seperti ini.
Bimbing jemariku agar mampu menggerakkan tari cerpen di pentas Examination Pad ini ..

Ohhh..
Ilham oh ilham..
Sudi-sudikanlah menjenguk saya di sini..

Sesungguhnya Floe merindui dirimu :( -cheeewaahh-


Monday 6 February 2012

Lyeen dan Floe :)

Kata orang, hidup ini tak cukup indah tanpa SAHABAT. 
Betul kata si orang itu. hehe. 
Maka saya pun bersahabatlah dengan seseorang ini.
Secomel-comel dia, saya masih lagi comel daripada dia :P

HAHAHAHA

Dengan bangganya saya memperkenalkan 
teman gila-gila, comel-comel, lawak-lawak, nangis-nangis, benci-benci saya :::::

MARLEENAH BINTI ROSLEE 

Lawak kan dia senyum ? HAHAHAHA

VS

FLORINA GUKIN


Sangat manis.. Big Apple itu.. *senyuman itu.ehem*

HAHAHA

so far, 2 tahun ini, kami memang sudah rapat gila-gila :)


inilah kami :)
Seorang Tawau, seorang Penampang..
Seorang Muslim, seorang Kristian..
Seorang Suluk, seorang Dusun..
Seorang anak sulung, seorang anak bongsu..
Seorang ayu, seorang kasar..

Banyak yang mempersoalkan persahabatan ini..
Yalah.. Dua insan yang sangat berbeza ! hehe

Tapi setakat ini, perbezaan ini tak pernah memberikan masalah kepada kami.
So, kamu dan kamu di luar sana yang mengganggap persahabatan kami tak sesuai,
silakan mencebik bibir :P

hehe..

Thanks God for this opportunity,
to met her, and knew the beauty of this friendship although the differences 
often attract others to criticize us :)

Sayang Lyeen :P

Merindu ??



Rasanya, sa tak akan dapat berhenti merindui dia, dia, dan dia :')

Merindui itu sesuatu yang ::
| indah kerana kita tahu kita menyayangi orang itu ~
| menyakitkan kerana kita tidak tahu bagaimana cara untuk melegakan perasaan rindu itu ~
| menyeksakan kerana kita ternanti-nanti saat pertemuan ~


And few years had passed, yet you still lingers around my heart. 
And I know now, time cannot heal everything :)

Missing them :')