Thursday 9 February 2012

:: Errr... Mi Goreng Ayam VS Mi Goreng + Ayam Goreng ::

Ini merupakan kisah benar. 
Yang berlaku kepada orang yang benar-benar orang
dan di tempat yang benar-benar kafe dengan mi gorengnya yang benar-benar mi goreng.

Alkisah suatu petang ini,
saya telah memesan makanan di kafe kegemaran ramai, Kafe YY (nama sebenar dirahsiakan)..
Pesanan tu saya amanahkan kepada pakcik yang sentiasa bermasam muka.
*Amjal lebih disayangi oleh pelajar, kerana pakcik ni la yang tak mesra :P*
Pesanan yang saya buat adalah MI GORENG AYAM.
Dalam senarai harga makanan di kaunter itu tertulis begini :
Mee Goreng : RM3.50.

Maka, tunggu punya tunggu,
ta da !
Mi goreng saya berjaya disediakan dalam masa 10 minit sahaja kerana masa tu memang
tak banyak orang pun..
Saya dengan yakinnya memberikan wang RM 10,
dengan keyakinan yang sangat tinggi,
makcik kaunter itu akan memberikan RM 6.50 baki duit saya.
Sekalinya dia bagi RM 5 je.

AIK ? *terluah secara nyata di hadapan orang-orang kafe itu*

Hairan bin ajaib sebab harga pesanan saya tiba-tiba meningkat.
Eeewah, sesuka hati je kataku.. (dalam kotak hati sendiri jew)

Penjelasan yang saya dapat secara langsung daripada pakcik muka masam tu :
| Dia tulis dalam pesanan ni 'mi goreng ayam'.
Mi goreng tu sudah dicampurkan dengan seketul ayam goreng.
Harga semuanya RM 5. |

Persoalan pokok di sini :-

| Saya ada suruh ke campurkan mi goreng yang saya pesan dengan
seketul ayam goreng yang berharga RM 1.50 tu ? |

Persoalan bukan pokok pula :-

| Kenapa perlu marah-marah bila nak jelaskan tentang semua tu ? |

Kesimpulan :
| Sedaya upaya saya tak akan makan di kafe itu lagi. Kecuali dah terdesak sangat. |

** terasa hati dengan pakcik tu yang suka2 je marah orang sedangkan dia tak tanya pun saya nak ayam goreng ke.. kukus ke.. panggang ke.. 



No comments:

Post a Comment