Thursday 21 February 2013

Entri RINDU

Apabila kau terasa seperti dalam dada kau berat, seperti ada sesuatu yang hampir meledak di dalamnya.
Apabila kau merasakan ruang kosong dalam hidup kau itu semakin menyeksa kau.
Apabila kau ingin menangis secara tiba-tiba.
Apabila kau asyik termenung kerana fikiran yang melayang jauh.
Apabila kau sedar seseorang sedar bercakap dengan kau tetapi kau tidak dapat memproses soalan itu
 dengan baik, tak mampu menjawab dalam kadar normal, tak sedar apa jawapan yang telah kau suarakan.
Apabila sebelum tidur kau rasa pilu sangat-sangat.
Apabila bangun pagi kau sempat mengelamun.

Dan apabila kebanyakan benda yang berlaku di sekitar kau membuatkan kau semakin sayu dan sentimental.

Itu petanda kau sedang RINDU.

Rindu mama papa Icha sisters brothers niece nephews :(

No comments:

Post a Comment