Saturday 2 February 2013

HEALED perfectly

First of all, thanks GOD for today. Ah, for yesterday too. I have this blast moment with my best friends! Thanks O Loving God. Thanks thanks! I love You God! :)

So, today. I woke up a bit late. Sepatutnya hari ni bangun awal laa, sebab semalam saya tidur awal. Tapi mungkin disebabkan sudah beberapa hari tak cukup tidur, selalu tidur hanya apabila jarum jam menunjukkan pukul dua pagi, maka apabila hujung minggu ni tiba, secara automatik diri ini lewat bangun. Kata orang, kalau tak cukup tidur, badan akan lesu, tak ceria, kelihatan lebih berisi dan sebagainya, tapi saya lain sikit. Bila tak cukup tidur ni makin bersemangat pula. Makin happening bagai. hihi. Thanks God.

Baiklah, kembali ke tajuk utama entri kali ini. HEALED perfectly. err. Dua tiga orang yang ada membaca entri-entri dalam belogs ini pastinya akan terperasaan mengenai beberapa entri yang menyebutkan tentang Teman Tapi Mesra saya tu. So, entri kali ni pula dengan bangganya saya menyatakan bahawa ini entri terakhir saya yang akan dilabelkan dalam label "The Post For You". Esok-esok, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan dan masa-masa seterusnya, saya tak akan post apa-apa lagi yang menggunakan label tu.

Thanks God. Sekali lagi saya berhasil melalui satu fasa yang sangat melemahkan saya. Thanks God untuk segala-galanya. Semalam saya jatuh cinta, dan semalam juga saya jatuh sakit kerana cinta. Dan hari ini saya sudah membuat satu keputusan rasmi. eseh! Rasmi :D

Melepaskan semua perasaan yang pernah ada, dan membiarkan segala-galanya menjadi satu kenangan yang sebenar-benarnya hanya kenangan. Saya tak akan pernah mencuba kembali lagi dalam perasaan itu. Tak akan lagi. ^___^

Sejujurnya, apabila perasaan sayang ini sudah bercambah, memang sangat sukar untuk diredakan. Apatah lagi apabila sudah mencintai, memang sangat sukar untuk melepaskan. Tetapi saya sedar, jika saya terus membiarkan diri saya lemas dalam kesakitan ini, saya tak akan ke mana-mana. Dan ini menjatuhkan imej saya sendiri dalam pandangan saya sendiri. Dan membuatkan saya tak bahagia dengan diri saya sendiri.

Sekarang apabila melihat si kawan itu, saya tak berharap lagi untuk dia menginginkan saya. Sekadar satu pandangan dan teguran daripada kawan. Yes, memang ada rasa lain sikit tapi overall, I am not that pathetic anymore. So, sekali lagi, terima kasih Tuhan! Akhirnya saya mendapat ketenangan yang selama beberapa bulan ini saya inginkan. Perasaan itu akhirnya berjaya saya atasi dan kini, menerima segala-galanya dengan 100% yakin bahawa Tuhan tidak menginginkan saya dan dia bersama-sama.

Entahlah. Cinta? Tawar hati. Bukan berdendam, tapi rasa tak yakin dengan diri sendiri. Mungkin sebab apabila saya menyayangi seseorang saya akan betul-betul mengambil berat tentangnya, sehingga orang itu merasa rimas, ataupun akhirnya saya hanya dipergunakan. Cinta? Saya takut dengan cinta.

# Tuhan bimbing saya. Bantu saya untuk menjaga hati sehingga saya bertemu dengan seseorang yang benar-benar mencintai saya kerana Dikau Tuhan.

No comments:

Post a Comment