Thursday 21 February 2013

HATI

Hai semua. Sihat tak? Harap sihatlah ya. Macam saya. Makin hari makin sihat. hehe. Entri ini sekali lagi entri yang penuh dengan mood jiwang. Tak tahu nak cakap dengan sesiapa, so, I guess here it is! :)

Hari ni secara tidak sengaja bercerita dengan dua orang geng KRS mengenai topik cinta-cintun. Hey saya terasa asing tiba-tiba kerana saya tak termasuk dalam group 'sedang bercinta' seperti mereka, tapi saya positifkan perasaan tu. Secara tak sengaja terlintas dalam fikiran nak cari somebody utk couple pula. HAHA. okey baiklah, itu hanya beberapa saat sahaja terlintas dalam fikiran saya ini. Setakat ni, saya tak terfikir pun untuk kembali menceburi bidang cinta-cintun ni. Tak pandai nak bercinta, akhirnya sakit sendiri :D

Ingatkan sudah sembuh sepenuhnya, rupanya langsung tak. Rupanya selama ini saya berjaya menipu diri saya sendiri dengan menyibukkan diri dalam pelbagai aktiviti, sehingga saya kurang mempunyai waktu untuk melayan perasaan. Dan hari ini, bila bercerita semula mengenai topik yang telah lama saya tak buka ni, air mata tu rupanya masih setia menemani cerita itu. Dan sakit itu masih berdenyut perit apabila membincangkan tentang ini.

But hey. Tak semestinya tanda-tanda tu menunjukkan yang saya masih berharap, masih setia or what-so-ever. Interpretasi saya sendiri mengenai keadaan saya ini adalah kerana perasaan itu benar-benar wujud, dan hubungan itu benar-benar ada.. Maka apa yang tersisa ini memang akan mengambil masa yang lama untuk disembuhkan. Maybe akan ada seseorang atau sesuatu yang akan membantu saya sembuh. Not necessarily BOYFRIEND, might be a friend, might be a novel. Kan kan kan?

# jaga hati Floe. jangan hancur sekali lagi. O God, help me to always remember that Your loves endures forever, and never end. Amen.

No comments:

Post a Comment