Wednesday 6 February 2013

Mama saya THE BEST

Hai. Hari ini saya nak bawa semua readers turut menjiwai entri ini. cheeewah! hihi.

So, today I am happy. As usual. Masuk-masuk je ke kelas dah riuh dengan ucapan "Selamat pagi Cikgu" versi Upin Ipin yang comel tu. Secara tak sedar, saya pun terasa comel bila masuk ke kelas dengan suara tu. Kalau takda buat ucapan tu, mesti ada something wrong dengan saya pada hari tu. Tapi jaranglah saya tak melalak awal pagi dalam kelas. HAHA

Baiklah. Sejak beberapa hari ni saya terasa diri saya busy. Dan.. err. Terasa penat sedikit. tapi happy. Sangat happy. But I guess too active, tired inside 'cause me to be a very sensitive person. Dalam ketawa-ketawa tu, dalam happy gila-gila ni, hati saya sangat rindu sebenarnya. Bengkak menahan rindu dengan family. 

So, tengah hari tadi saya menghubungi family saya. Almost everyday telefon sebenarnya, tapi biasanya telefon masa malam. Ni siang tiba-tiba telefon. Dan bercakap dengan Mama Rock saya. Secara tak sengaja saya tercakap saya teringin sangat-sangat nak balik rumah. Then tiba-tiba mata saya berair. HAHA. Saya menangis! Cepat-cepat saya lari keluar kelas. Nasib baik masa tu takda pensyarah. Mama Best saya tanya kenapa nak sedih-sedih ni. Then saya cakaplah saya rindu sangat nak balik rumah. Rindu nak tengok mereka semua. Then Mama Love saya marah. Katanya, jangan nak cakap-cakap macam tu. Tak bagus. Nanti tak fokus dalam pembelajaran. Nanti tak sihat pula. Lagilaaaah saya sedih. Haha. Then before Mama Comel saya ni makin risaukan anak bongsunya yang jauh dari keluarga ni, saya cepat-cepat cakap bye.

Kadang-kadang, mendengar suara mereka sahaja pun sudah cukup untuk melegakan segala macam perasaan yang ada dalam hati kita. Mama Saya terbaik. I miss you more Mama :(

# Jauh mana pun tercampak, hati saya tetap dekat dengan family. Kamu yang sedang membaca ni pun kan? Rindu mereka. God bless them, and bless us !

No comments:

Post a Comment