Wednesday 30 January 2013

Memories Destroy Us!

 Kalau kau biarkan diri kau terus tenggelam dalam kenangan tu, kau akan musnah berkeping-keping. Sebab sepanjang masa kau akan berada dalam takuk yang lama.

TAPI.. ada tapinya. Kenangan itu bagus sebenarnya, sebab kadang-kadang itu sahaja kenangan yang kita ada dengan orang yang kita kasihi ataupun seseorang yang sangat bermakna dalam kehidupan kita. Ada orang yang menjadikan kenangan itu sebuah inspirasi. Macam saya! YEAH! Kenangan bersama-sama dengan Cikgu Mary Anita Abah salah satu kenangan yang memberi kekuatan kepada saya. Beliau seorang yang banyak membentuk saya. Memberi pelbagai peluang untuk saya berkembang. Err. Bukan berkembang fizikal, macam sekarang. HAHA. Tapi potensi diri saya, azam dan membantu saya mengenali diri saya sendiri. Other than that, kenangan juga mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian kita. Last but not least, kenangan itu yang membentuk siapa kita pada hari ini.

Dari segi negatifnya pula, kalau terlalu taksub dengan kenangan, kita akan mendapat sakit jiwa, dan kemungkinan besar akan jadi PSIKO. Yelah. Kau dah tertekan sebab asyik terkenang benda yang sama dan kau tak nak berusaha melepaskan diri daripada benda tu. Akhirnya kehidupan kau musnah, jiwa kau musnah, diri kau sendiri musnah. 

Maka, ingat! Kau yang tentukan sama ada MEMORIES DESTROY US ataupun MEMORIES INSPIRE US. Kan?

# Kenangan itu sakit untuk diingati, tapi sakit lagi untuk dilepaskan. Macam mana? Teruslah selusuri kenangan itu dan perlahan-lahan, biasakan diri dengan tusukan-tusukan duri itu. ececececeh! Keluar sasteraku! :D

No comments:

Post a Comment