Wednesday 30 January 2013

Reflect Action?

Hari ini ada latihan sukan untuk rumah sukan PENDEKAR yang 100% diyakini akan menjadi JUARA Kejohanan Olahraga dan Trek IPG KBM tahun 2013 ini, rumah Satria dan rumah Laksamana. Hebat IPGku ni. Ada 6 rumah sukan. hehe.

Saya memang surrender kalau acara-acara larian ni, so saya merelakan diri untuk menjadi wakil rumah sukan dalam acara lontar peluru dan juga merejam lembing. Tu je la saya boleh. lain-lain, ibu-ibu bapa-bapa, ampun maaf ye. hehe. Oya, satu lagi, saya boleh jadi tukang sorak paling kuat ! PALING kuat okey! bukan setakat kuat, tapi sangatlah kuat! haha

Back to the incident, tadi masa saya sedang berlatih rejam lembing dengan kak Jessica dan geng boboys yang mengambil acara lembing ni juga, berlakulah satu kejadian yang entah, rasanya halusinasi saya saja kot. Masa saya nak rejam lembing tu, dah nak dekat dengan garisan nak lontar lembing tu... eh lontar? rejam! haha. Tetiba saya terdengar nama saya kena panggil. err. Kena sebut dengan kuat? err. Dan yang lebih sandii or terukz bagi saya, saya kenal suara tu. Yang lama tak menyebut nama saya. HAHA. omaigad. Takkanlah nak merejam lembing pun sempat terimaginasi kot? huh! gila....

Then, dah merejam tu, saya pun tengok belakanglah. Ada Jaelle and orang lain. Okey yang saya terkejut, secara AUTOMATIK mulut saya yang comel lotte ney bersuara menyapa menegur bertanya segala bagai. OH WHAT HAPPEN? Secara tak sengaja ataupun dalam keadaan unconscious mind kejadian tu berlaku. Nak tarik balik takleh, dah tercakap. Nasib baik si kawan membalas juga, kalau tidak, hari ini belogs ku akan mendengar bebelanku lagi. Bukan Jaelle. Si kawan yang satu orang.

Baiklah. What happen? benda macam ni pun masuk entri ke? Nasib kaulah terbaca entri ni. HAHA. Halusinasi ke? hmm.

# Everything happen for a reason, somehow sometime you just wish you knew what is the reason.

No comments:

Post a Comment