Friday, 22 February 2013

Atlit harapan cedera?

Hai readers yang singgah untuk entri ini.

Semalam saya terseliuh. Kenapa? Bukan kerana bersukan. Bukan! Bukan kerana buat aktiviti lasak. Tapi kerana asyik bercerita dengan kawan then tak sedar kaki pijak mana. huihuii. Tiba-tiba "aduii~!" terkeluar dari mulut saya. Dan bermulalah episod kaki ini sakit. Tapi mula-mula tu sekadar sakit sikit-sikit ja. Boleh pegi kelas lagi dengan comelnya. Siap gelak ketawa lagi. Tak sangka bila petang, lebam pula. Tapi tak teruk sangat.

Then petang tu, memandangkan saya asyik 'ketawa + aduh-aduh + ketawa lagi + adui-adui lagi', maka Aida, Suri dan Syuhada bertekad untuk meminta bantuan pakcik yang bertugas di pagar utama IB untuk menghantar saya. Oh terima kasih sahabat ! Terima kasih Pakcik yang baik hati. Yang tak bestnya, pakcik tu  siap ulang tayang cara saya berjalan dengan aduh-aduhnya sekali. hihi. I can't thank you enough pakcik! Baik sungguh. Siap membebel suruh pergi klinik lagi. hihi. Cakap pasal pakcik ni saya rindu Papa pula tiba-tiba :'(

And oh. Sungguh bila sakit macam ni, kebanyakan kawan-kawan tak percaya ataupun rasakan ini lucu. Termasuk pensyarah tumpang kenakan orang sakit ni hah. haha. Sungguh ceria orang-orang itu, dan I am thankful to have them. Selama ni kawan sakit saya just mesej saja, tak pernah datang melawat. hmm. Next time nak ubah dah. nak jadi kawan yang baik dan prihatin. Mesti lawat floe. kan? barulah kawan kita tu rasa lebih baik bila ada yang ambil berat. Thanks juga untuk Cik Lyeen yang tolong bungkuskan makanan. Thanks untuk Kak Wong dan Julia sebab dah pinjamkan ubat :) Thanks to Emma, Moriss, Mash, Naien, Eva, Izzat, Akmal, Casey dan banyak lagi yang lain yang wish me 'get well soon'. Appreciated! :)

BTW, bila saya bagitahu Mama saya yang saya terseliuh @ nolikad (Dusun), Mama saya siap gelak, siap marah, siap bebel. "Tu la. Tidak pandai duduk diam. Sengaja tu Tuhan mahu suruh kau duduk diam sikit" kata si Mama. I love you Mama! :'(

NEXT WEEK sukantara. huwaaa! Please God. Please. Sekurang-kurangnya bagi saya boleh berjalan dengan okey sikit, supaya saya boleh juga hadir masa sukantara. Ta nak hilang 3 markah untuk PENDEKAR. Please please !

Okey habis cerita. Atlit harapan yang dimaksudkan adalah saya. HAHA. Baik. Thanks for reading. Doakan saya cepat sembuh agar saya aktif semula. Rindu nak main bola tampar! Rindu nak menyibuk sana-sini. RIndu ! Tapi thanks God, tak teruk manapun kecederaan ini. Sakit siiiiiikit saja ! I love You God!

# jarang sakit. Maka bila saya sakit, si kawan semua hampir tak percaya. Sayang kamu sahabat!

Thursday, 21 February 2013

Entri RINDU

Apabila kau terasa seperti dalam dada kau berat, seperti ada sesuatu yang hampir meledak di dalamnya.
Apabila kau merasakan ruang kosong dalam hidup kau itu semakin menyeksa kau.
Apabila kau ingin menangis secara tiba-tiba.
Apabila kau asyik termenung kerana fikiran yang melayang jauh.
Apabila kau sedar seseorang sedar bercakap dengan kau tetapi kau tidak dapat memproses soalan itu
 dengan baik, tak mampu menjawab dalam kadar normal, tak sedar apa jawapan yang telah kau suarakan.
Apabila sebelum tidur kau rasa pilu sangat-sangat.
Apabila bangun pagi kau sempat mengelamun.

Dan apabila kebanyakan benda yang berlaku di sekitar kau membuatkan kau semakin sayu dan sentimental.

Itu petanda kau sedang RINDU.

Rindu mama papa Icha sisters brothers niece nephews :(

HATI

Hai semua. Sihat tak? Harap sihatlah ya. Macam saya. Makin hari makin sihat. hehe. Entri ini sekali lagi entri yang penuh dengan mood jiwang. Tak tahu nak cakap dengan sesiapa, so, I guess here it is! :)

Hari ni secara tidak sengaja bercerita dengan dua orang geng KRS mengenai topik cinta-cintun. Hey saya terasa asing tiba-tiba kerana saya tak termasuk dalam group 'sedang bercinta' seperti mereka, tapi saya positifkan perasaan tu. Secara tak sengaja terlintas dalam fikiran nak cari somebody utk couple pula. HAHA. okey baiklah, itu hanya beberapa saat sahaja terlintas dalam fikiran saya ini. Setakat ni, saya tak terfikir pun untuk kembali menceburi bidang cinta-cintun ni. Tak pandai nak bercinta, akhirnya sakit sendiri :D

Ingatkan sudah sembuh sepenuhnya, rupanya langsung tak. Rupanya selama ini saya berjaya menipu diri saya sendiri dengan menyibukkan diri dalam pelbagai aktiviti, sehingga saya kurang mempunyai waktu untuk melayan perasaan. Dan hari ini, bila bercerita semula mengenai topik yang telah lama saya tak buka ni, air mata tu rupanya masih setia menemani cerita itu. Dan sakit itu masih berdenyut perit apabila membincangkan tentang ini.

But hey. Tak semestinya tanda-tanda tu menunjukkan yang saya masih berharap, masih setia or what-so-ever. Interpretasi saya sendiri mengenai keadaan saya ini adalah kerana perasaan itu benar-benar wujud, dan hubungan itu benar-benar ada.. Maka apa yang tersisa ini memang akan mengambil masa yang lama untuk disembuhkan. Maybe akan ada seseorang atau sesuatu yang akan membantu saya sembuh. Not necessarily BOYFRIEND, might be a friend, might be a novel. Kan kan kan?

# jaga hati Floe. jangan hancur sekali lagi. O God, help me to always remember that Your loves endures forever, and never end. Amen.

Wednesday, 20 February 2013

Tips ANAK BAIK YANG JAUH DI PERANTAUAN

Hai semua-semua yang sudi singgah ke belogs ini. Sedang melayan perasaan rindu yang giler-giler kepada family apabila tiba-tiba terfikir nak buat entr ini. Baiklah untuk kamu dan kamu yang di luar sana, yang berada jauh daripada family, ini adalah beberapa perkara yang kamu boleh lakukan agar hubungan dengan family tak terjejas, dan family ataupun kamu sendiri tak rasa jauh sangat, walaupun realitinya kamu memang berjauhan. Seperti saya, dipisahkan oleh Laut China Selatan. Sedihhh ! Tiap hari terasa macam nak menangis. Dan memang selalu menangis pun! haha. So here goes the tips for us all ! :)
Selalu menghubungi keluarga sama ada melalui telefon/skype/mesej/watsapp or what so ever. Sekarang kan dah maju. Macam-macam cara boleh dilakukan untuk berhubung.  
Selalu mendoakan kesejahteraan ahli keluarga walau di mana sahaja mereka berada. Tuhan mendengar doa/rintihan/bisikan/keluhan/tangisan/harapan dan segala macam yang kita ujarkan dalam pelbagai cara. 
Menjauhi segala perkara yang memudaratkan diri sendiri. Hal ini demikian kerana apabila kita melakukan sesuatu yang memudaratkan diri kita, kemungkinan perkara itu turut memudaratkan ahli keluarga kita juga tinggi. Contoh: merempit/ merompak/ pergaulan terlebih bebas/ ke pusat-pusat hiburan terlampau dan sebagainya. INGAT. Maruah keluarga itu harus dijaga! 
Memaklumkan kepada ahli keluarga terutamanya ibu/bapa/penjaga sekiranya kita akan ke tempat-tempat yang lain daripada kebiasaannya. Contoh: ke perkhemahan unit beruniform. maklumkan dengan keluarga supaya sekiranya berlaku apa-apa, mereka tak terlalu blur dengan sesuatu kejadian. Tak susah pun kan?
Sentiasa mendapatkan restu ibu bapa apabila ingin melakukan/ menyertai sesuatu. RESTU IBU BAPA penting sangat-sangat! 
Menjaga diri sendiri agar keluarga tak ragu-ragu mempercayai bahawa kita akan baik-baik sahaja meskipun berjauhan daripada keluarga. Agar resah dalam hati ibu bapa itu tak berat sangat.
# Sementara ada peluang, gunakanlah. Kita tak tahu sekiranya esok kita masih berpeluang untuk bangun dan memberitahu mereka yang kita sangat, sangat menyayangi mereka. ATAUPUN, sekiranya esok mereka masih ada untuk mendengar suara kita. Tuhan memberkati. :')

Pink ft. Nate Ruess - JUST GIVE ME A REASON

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them
Now you've been talking in your sleep oh oh
Things you never say to me oh oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah but this is happenin')
You've been havin' real bad dreams oh oh
You used to lie so close to me oh oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again

# Currently FAVORITE SONG. :)

Tough moment - Saya ASKAR

Hai semua. beberapa hari tak update entri. Sangat sibuk minggu ni, dan minggu hadapan juga. Hari ni saja sudah ada dua mesyuarat. Mesyuarat bersama -sama dengan JPP dan Pengarah IB, serta mesyuarat bersama AJK Kejohanan Olahraga IB. Fuhh. Penat. tapi best. Dan sekarang sangat pening untuk menyiapkan tugasan abanglokmansayang. Inilah ni kalau tangguh kerja kan. Sekarang kan dah merana sendiri. Nasib baik tak TERlalu menangguhkan kerja. huhu. Kalau tak memang pengsanlah nak buat semua ni. Dengan tugasan pembentangan lain, dengan kerja JPP, dengan Wataniah, dengan Kerja Kursus. Ohh Floe! Be tough ! Be strong ! Buat semua dengan ikhlas ! Sibuk memang sangat, sangat, sangat sibuk ! Ohhh Tuhan !

Hujung minggu lalu saya dan twin saya, Jesse mengikuti Latihan Tempatan Askar Wataniah Sukarela yang pertama. Dalam hari sabtu tu kami buat latihan kawad untuk Majlis Ulang Tahun Rejimen dan juga Perasmian Permulaan Latihan tempatan Askar Sukarela 2013. Best sangat-sangat. Jumpa dengan buddies siri 3 2012 - Asyraf @ Black, Hazwan @ Black, Effa @ Kecik, Slayman @ Ydpong, Farid @ Penyamun, Madrid @ Cikgu, Hafizhat @ Pijat, Faiz, Nazirul @ Zul, Norasmah @ Mamah, dan banyak lagi. Lepak dengan mereka ni malam tu. Then ahad pula berkawad dengan loreng yang sangat hensem apabila dipakai !

Saya suka sangat askar ni. Kenapa? Sebab saya rasa saya betul-betul keluar sebagai saya apabila berada dalam tu. Yang kasar, yang suka teriak, yang lasak, yang gila-gila. Tapi still, hati saya masih ingin mendidik anak bangsa. Kiranya askar ini sebagai nilai tambah dalam diri saya. Guru yang sanggup berkorban masa, tenaga dan mungkin satu hari nanti diperlukan oleh negara untuk berkhidmat. Mudah-mudahan makin ramai para guru pelatih di luar sana yang akan menyertai perjuangan ini.

Misi saya sekarang adalah untuk mewujudkan satu Badan Wataniah di IPG saya sendiri. Masih dalam proses. Biasalah, setiap perkara baharu pastinya akan ada tentangan. Doakan saya dan rakan-rakan lain berjaya menyelesaikan setiap tugasan yang diamanahkan kepada kami. Semoga Tuhan memberkati anda, anda dan anda yang di luar sana !

# Semoga hati ini terus yakin bahawa setiap kejadian itu dijadikan olehNya dengan sebab yang Dia telah tetapkan. Sayang Tuhan. Thanks God. ^__^

Sunday, 17 February 2013

# PUISI -Akukah Ini?

Benarkah aku ini?
Merenungmu ku masih tak mampu
Tapi desak hati ingin selalu lihatmu

Adakah benar ini aku
Yang lihatmu tanpa cinta
Yang suamu tanpa rindu
Yang dengarmu tanpa harap
Yang adamu tak lagi ku gementar

Akukah itu?
Atau aku yang itu yang sedar
semua ini perlu aku paksa
untuk membekukan satu rasa yang aku rasa

Akukah itu yang kini beku hatinya?


27 Januari 2013
10.44 pm
KKAA KL

Friends-for-benefits


 Sesetengah kawan saya beritahu 'tak payah nak layan si dia tu. Dia tu nak pergunakan kau saja. Tengoklah sendiri. Masa nak minta sesuatu saja dia tu nak cari kau.'

Terkilan tu memang tak payah cakaplah. Memang rasa kecewa juga ada kawan macam ni, tapi terselit rasa bangga di celah-celah kecewa tu. Bangga kenapa? hehe. Bayangkan.. Betapa banyak kawan yang dia ada, termasuk sahabat sejatinya, termasuk kekasih hatinya, termasuk abang kakak adik angkatnya, tapi dia memilih saya untuk meminta bantuan. Walaupun sebenarnya ini menunjukkan yang si kawan itu memang mempergunakan kita, tapi apa salahnya kita bersangka baik kan. HAHA

So, kalau dapat kawan macam ni, silalah bertenang. Kalau mampu tolong, tolong sajalah. Kalau tak mampu, terus terang. Tak payah nak gaduh-gaduh. Ingat, setiap kebaikan yang kita lakukan yang memudahkan urusan baik seseorang akan diberi ganjaran pahala olehNya, walaupun di dunia ini tak ada seorangpun yang melihat kebaikan yang kau lakukan.

# Terkilan, terkilan juga. Tapi kena ikhlaskan diri, dan anggaplah kamu istimewa kerana orang mencari kamu untuk membantu dalam masa susahnya. Ingat, Tuhan melihat nawaitu kita! :)


Cute surprise

Sungguh. Dalam musim yang haru biru ini, kejutan yang comel ini sangat comel. Thanks Moriss Mc. Maka kamu dan kamu yang singgah di belogs ini, sila klik nama si dia itu, view belogsnya dan FOLLOW ! :D


Header baharu yang dibuat oleh boyfriend saya. Comel kan? Orang yang tak hensem pun jadi cantik bila dia edit gambar tu. Ehh! haha. Thanks again mister ! :D

# I'm lovin' it ! Thanks God. Ada bopren rajin dan sweet macam ni. Ka isio. hahahahaha

Thursday, 14 February 2013

Just need a hug from them

Hai semua. Sekali lagi saya membuat beberapa entri yang slow mood. Saya kan beloggers jiwang, so, harap semua yang singgah belogs ini bersabar. Thanks sebab sudi singgah! 

Hari ini mendung sahaja. Pagi-pagi bumi Kuala Lumpur ni dah hujan. Dan saya bangun agak lewat hari ni. Bangun-bangun saja, rasa badan ni lemah, perasaan pun lemah, dunia pun macam tak berseri, dan itu penilaian saya sebaik sahaja memaksa diri untuk bangun daripada katil yang sangat selesa itu. 

Today is a gloomy day.

Bilik saya memang kosong. Sebab sekarang room mate saya sedang menghabiskan cuti Chinese New Yearnya di rumahnya di Melaka selama seminggu. Saya hanya ditemani oleh buku-buku novel, gambar-gambar, movies, laptop, musics and this empty feeling. Dan apabila selalu bersendirian ni saya makin lemah. 

Tough luaran tapi extra fragile dalaman.

Rindu sangat dengan family. Rindu dengan Mama, Papa, Icha, Sisters, Brothers. I miss the family-gathering-moments-feeling-surrounding. Selalu telefon family di rumah, tapi tak sama perasaannya apabila mendengar suara mereka dan bercakap mereka secara bersemuka. Ohhhhhh pedih. Rindu ini sangat unik. Kadang-kadang menguatkan saya, kadang-kadang membuatkan saya terasa diri ini sangat lemah. Tapi ini normal. Merindui itu normal.

Yes. I just need a hug from her, and badly wanted to hug her. 

Familiar with these feeling? And the tears? :')

# selalu lega apabila selesai menangis. Rindu itu inspirasi air mata.

Its-a-girl-feeling




FAV quotes #V-Day#







QUOTES missing



The memories. I smiled with tears. The heart ache of missing them.

Wednesday, 13 February 2013

Sahabat atau Kawan?

Hai kepada semua pembaca belogs ini. Saya harap kamu semua sihat, macam saya. hihi

Baiklah. Hari ni baru balik dari rumah abah angkat di Parit Serong, setelah menghabiskan 5 hari 4 malam di sana. Dan entri ini tak ada kaitan dengan percutian tu sebenarnya. Saja je nak sebut. haha. Straight to the point!  

SAHABAT atau KAWAN?


Kawan. Bagi saya, kawan itu hanyalah sekadar kawan. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, malahan kita boleh berkawan dengan seseorang yang baru sahaja kita kenali. Itu berkawan. Kenal sahaja, bolehlah diklasifikasikan sebagai kawan. Tahu nama sahaja. Tanpa perlu mengenalinya dengan lebih dalam, kita boleh berkawan dengannya. Itu kawan. Tanpa perlu ada nombor telefonnya pun kita boleh berkawan dengannya. Kawan datang sekelip mata, dan kadang-kadang hilangnya juga sekelip mata.

TAPI.. Tapi sahabat lain. Sahabat sebenarnya manusia normal sahaja. eseeh. haha. Sahabat bagi saya seorang yang mendapat tempat yang istimewa dalam kehidupan kita. Sahabat merupakan orang yang paling kuat menentang kita apabila kita ingin melakukan sesuatu yang lari daripada norma kehidupan. Sahabatlah orang yang sentiasa ada dalam hari-hari kita. Yang kadangkala menyebabkan anda sakit hati, err. SELALU terasa sebenarnya, selalu bergaduh kerana perkara kecil, sebagai contoh, hanya kerana nak pasang kipas bergaduh. Tak ke remeh sangat benda tu? haha. Sahabat ni juga sudi mendengar cerita diri kita yang kerapkali berulang. Sahabat juga seseorang yang tak segan tak malu akan menegur kita sekiranya kita melakukan sesuatu yang abnormal, sebagai contoh, tetiba melenting dengan hal yang terjadi setahun lepas. Tapi dia tak tegur yang marah-marah sehingga kita terpaksa menutup muka dengan guni kerana segan, tetapi dia akan menegur dengan cara yang sesuai dengan kita, might be thru face expressions or body contact or an 'ehem' sound with the warning face expression. And sahabat juga seseorang yang tahu bila nak kacau jiwa kita, dan tahu bila perlu berdiam diri. Dia juga tak berkira dengan sahabatnya. Duit tu tak penting, yang penting gembira. Sahabat juga tak mampu melihat sahabatnya bersedih. Dia akan sangat marah dengan sesiapa yang membuatkan sahabatnya itu bersedih, dan cenderung membenci dengan insan malang tersebut. Sahabat juga seseorang yang ada nombor telefon rumah kita, mak bapa kita, abang kita. Kadang-kadang pagi-pagi tu mak dia telefon kita pula untuk tolong kejutkan sahabat kita tu. itu sahabat.

Fuhh ! Bercakap pasal sahabat dan kawan ni saya suka sangat. Masih banyak sebenarnya. Tapi entri ni terlalu panjang dah. HAHA. Tapi betul. Saya teruja nak buat entri ini. Sebab saya tahu, setiap orang mempunyai dua watak ini dalam kehidupan masing-masing. SAYA PUN!!! Maka, kita yang telah menemui sahabat kita ni, hargailah. Sahabat merupakan salah satu hadiah daripada Tuhan yang tak ternilai untuk anak-anakNya. Yang belum, cuba tengok sekeliling anda. Mungkin anda terlepas pandang seseorang yang sebenarnya sentiasa ada untuk anda.

Dan saya mempunyai sahabat-sahabat saya, yang sudi menerima saya dalam suka duka, teruk baik saya. Thanks NANA, NADA, LYEEN, MORISS, AIDA. You're the best. I love you! Thanks God untuk hadiah ini. Thanks God. Semoga persahabatn ini akan kekal, sehingga ke akhirnya. Semoga kita terus bertahan dalam persahabatan ini, meski banyak kekurangan dan kepincangan dalam diri masing-masing. :')

# Sahabat pengubat jiwa. Tanpa sahabat, jiwa kacau.


Friday, 8 February 2013

A girl


 



Just for tonight

Currently listening to this one song.

Can I cry tonight? Just this night? 

OH GOD. This empty room makes me weak. It's like every little things that I want to forget keep replaying again and again. Even when I close my eyes, I can still hear and see everything.

Oh God. Oh God. Strengthen me O Lord.

I missed everything!

CERITA malam pertama

Malam pertama.

Di kolej kediaman Adibah Amin IPG KBM KL.

With Oreo Cheese Cake, coffee, novels and music.
For the whole week of holiday, CNY's holiday.

It's a beautiful moment to do anything I want to, with no stress about everything, yet I'm longing about something.

I miss them so much.
It's like I can hear them talking, I see them passing through me.

Oh God. Strengthen this fragile heart. May this whole week helps me to grow in love with you, deeply.

And God, please. You know what is it that I deserve. If what I ask is what You had planned for me, please O Lord. Help me to appreciate everything you allowed me to have in this world of Yours.

God, I miss them.

I SEE YOUR FAKE SMILE

- I'm sorry, it's a lot of reading but you need to read it.

Because believe me, darling, I know that smile. I know what it feels like to reply, "I'm good." when someone asks you how you are. But not because you are good, because you're just so used to saying it, that you don't even think about it any more. You don't even realize the question that's being asked. Your response is just so rehearsed, that it comes out with no effort.
Just like that beautiful smile, darling. It breaks your heart to lie to those you love. It's so hard to tell them everything is perfectly fine. But it's even harder to tell them the truth. You don't want to be in such a vulnerable state. You can't handle that kind of pity. But you gotta believe me when I tell you, darling, you're not alone. I'm here for you. 
I understand that reflection you see every night. The one you don't even recognize any-more. That same smile that you've been wearing for years to fool everyone into thinking you're fine, has finally fooled you. Just for that split second, when you look in the mirror and see that stranger smiling back at you, you believe it. You actually think you just might be happy. But then, your heart starts to hurt, your body starts to ache, your tears start to flood, and all the memories come back. You're not okay. You're not happy. You're dying from the inside out, and nobody even bothers to notice. You feel like you're alone and everyone has given up on you. 
But you have to believe me, you're not alone, darling. I'm here. I'm right holding your hand. I'm rubbing your back as you cry on my shoulder. Even if you can't see me, or hear me. I'm here. And I'm not going anywhere. because I know what it feels like to want to just throw it all away and say, "fuck it". I know what it feels to think, "I'm not worth it. Nobody cares about me, and everyone leaves. So it's my turn. I'm going to be the one to leave this time, and leave the hurting and alone." But darling, you are so incredibly worth it. 
Your life matters to me. Even if we've never talked, or if I don't even know your name. I'm here for you. And I care about you. I don't want you to go anywhere. Maybe I'm your best-friend, maybe I'm your mother. Maybe I'm your baby sister,or your father that's never home. I care about you, and I don't want you to go anywhere. I know it's tough darling, but hang in there. Do it for me. Do it for everyone who's never told you they loved you. I'm so sorry you have this fake smile every day, but stay strong, darling. 
Stay strong and hold on to the mystery of tomorrow ♥
# God bless those who cried every night, whispering somebody out there would reach out for them.
credits to Relationship Rules 

Be this girl

Testing

Ask again. Kalau betul-betul dia maw jumpa kau, then he will insist. Just to meet you. BUT.. But.. Kalau dia tak betul-betul, he will easily says okay.

# always know your position in someone's life.

Thursday, 7 February 2013

Tiba-tiba GILER

Baru sahaja tadi saya membuat satu entri yang memuatkan luahan hati saya yang sedang malas, sedang tak ada mood nak ber-happy-happy bagai hari ni. But then... Ta daaa !

Suri dan saya.

Aida dan saya.

Joy dan saya.

Saya dan Eva.

Rabi dan saya.

Saya, Moriss, Rabi dan Suri.

giler.

Lagi giler.

Buruk ka? Inilah natural buruk. HAHAHAHAHA. Okey baiklah. sengaja selit gambar tak hensem ni. Serupa kan?

Membelakangi cahaya. Teka siapa? hahahaha

Best today. HAHA. Baru ja saya badmood tadi, sekarang rasa energetic sangat. Kejap lagi nak latihan rumah sukan pula. hehe. Go go go PENDEKAR ka isio. 

# SAHABAT mengubah hari-harimu a isio. hahahaha. Thanks God!

Entri MALAS

Hari ni saya rasa lemas. Tahu tak perasaan yang kau macam tak nak buat apa-apa sepanjang hari? Macam tak nak dengar sesiapa berkata-kata? Macam tak nak lihat sesiapa buat perangai yang terlebih-lebih? YES. Saya dalam mood itu sekarang.

Tapi saya tak boleh mengeluh. Tak boleh minta semua orang berdiam diri. Tak boleh minta semua orang berperangai normal. SEBAB.. Sebab, saya pun tak boleh berperangai begitu apabila sahabat saya berada dalam mood tak berapa best. So, what can I do? I shut my mouth when I feel annoyed, and I just show them this pretty smile of mine. HAHA. Okeh. Saya tak berapa nak aktif hari ni. Saya rasa saya ni bakal-bakal sakit. Semalam dah makan panadol sebab sakit main hujan! Hari ni makan ubat apa pula? haiishh. Floe yang suka mencari masalah.

So, sebenarnya entri ini entri untuk menyatakan bahawa saya tak rajin dan tak berapa nak bersemangat hari ni. Tapi kamu yang membaca entri ni jangan tak bersemangat pula. HAHA. I feel bad today. And I miss my family so much. ohhhhhh. I miss them so much ! So, so, so much!

# Kadang-kadang, kita faham diri kita, tapi orang lain tidak. DAN kadang-kadang kita tak faham diri kita, tapi orang lain faham. So, don't messed up with others just because you messed within yourself. 

Wednesday, 6 February 2013

Mama saya THE BEST

Hai. Hari ini saya nak bawa semua readers turut menjiwai entri ini. cheeewah! hihi.

So, today I am happy. As usual. Masuk-masuk je ke kelas dah riuh dengan ucapan "Selamat pagi Cikgu" versi Upin Ipin yang comel tu. Secara tak sedar, saya pun terasa comel bila masuk ke kelas dengan suara tu. Kalau takda buat ucapan tu, mesti ada something wrong dengan saya pada hari tu. Tapi jaranglah saya tak melalak awal pagi dalam kelas. HAHA

Baiklah. Sejak beberapa hari ni saya terasa diri saya busy. Dan.. err. Terasa penat sedikit. tapi happy. Sangat happy. But I guess too active, tired inside 'cause me to be a very sensitive person. Dalam ketawa-ketawa tu, dalam happy gila-gila ni, hati saya sangat rindu sebenarnya. Bengkak menahan rindu dengan family. 

So, tengah hari tadi saya menghubungi family saya. Almost everyday telefon sebenarnya, tapi biasanya telefon masa malam. Ni siang tiba-tiba telefon. Dan bercakap dengan Mama Rock saya. Secara tak sengaja saya tercakap saya teringin sangat-sangat nak balik rumah. Then tiba-tiba mata saya berair. HAHA. Saya menangis! Cepat-cepat saya lari keluar kelas. Nasib baik masa tu takda pensyarah. Mama Best saya tanya kenapa nak sedih-sedih ni. Then saya cakaplah saya rindu sangat nak balik rumah. Rindu nak tengok mereka semua. Then Mama Love saya marah. Katanya, jangan nak cakap-cakap macam tu. Tak bagus. Nanti tak fokus dalam pembelajaran. Nanti tak sihat pula. Lagilaaaah saya sedih. Haha. Then before Mama Comel saya ni makin risaukan anak bongsunya yang jauh dari keluarga ni, saya cepat-cepat cakap bye.

Kadang-kadang, mendengar suara mereka sahaja pun sudah cukup untuk melegakan segala macam perasaan yang ada dalam hati kita. Mama Saya terbaik. I miss you more Mama :(

# Jauh mana pun tercampak, hati saya tetap dekat dengan family. Kamu yang sedang membaca ni pun kan? Rindu mereka. God bless them, and bless us !

ANGKARA HUJAN

Angkara hujan! Saya dan Aida, Suri, Syuhada, Lyeen, Mia, Shahlan, Alif, dan Akmal basah! Dan angkara hujan, saya rasa saya bakal demam. 

Kenapa hujan?

Sebab petang tadi degil sangat. Nak juga main bola tampar dalam hujan lebat tadi. Habis je perjumpaan unit beruniform tadi, terus berlari balik ke bilik untuk menyimpan beg, kemudian pecut ke gelanggang bola tampar. Semangat nak main. hehe. Dengan baju KRSnya, dan Pandu Puterinya, kami bermain dengan sepenuh hati. Tiba-tiba pula hujan. Dah alang-alang sedang main, redah sajalah. Lagipun bukannya saya seorang je perempuan. Banyak gegurls. hehe. Meskipun dah basah kuyup, kasut dah berat 2 kali ganda daripada kebiasaannya, dan rambut memang dah basah habis, err. dengan gelanggang yang licin, bola makin berat dan spek mata saya dah kabur-kabur gara-gara hujan. Main juga. Oh hujan. Nasib baik takda petir. hihi

Best sangat tadi. Gelak sama-sama, mengenakan kawan-kawan, teriak-teriak, lari-lari, lompat-lompat dan MAIN HUJAN ! Haha

Beginikah bakal cikgu? Mengalahkan budak-budak dengan bermain-main semasa hujan. HAHA. Takpa, yang penting bahagia katanya ! :D

# Thanks God.

Segmen : My Bestie by Ika Atiyka

Satu segmen mengenai BESTIE oleh Cik Ika Atiyka. MENARIK. Dan sekali lagi saya cemburu plus-plus bila lihat comelnya belogs Cik Ika ni. Kalaulah saya pun *rajin* nak edit-edit belogs saya ni, mesti comel macam belogs Cik Ika ni juga. HAHA. Okey saya tak rajin. :P


Sweet tak banner kat atas? Comel kan? Macam saya dengan bestie saya. Cik Lyeen. HAHA. Dengan boyfriend saya tak boleh buat macam tu. Nanti bakal girlfriend dia ganyang saya nanti. HAHA.

Untuk quotes yang Cik Ika minta dalam segmen ni, hah. Ni dia. :D
__________________________________________________________________________

You knew you had found your true friend when in every moment in your life you knew that you have someone you can turn to, in good in bad. And yes, they will be there to cheer up your days. And for that you should be there for them too.
__________________________________________________________________________

"Butterfly First GiveAway"

Segmen 'Butterfly First GiveAway'. Banyak segmen dan giveaway sekarang, dan ini antara yang menarik minat saya. Lagipun saya di-tag oleh Moriss MC yang turut menjoinkan diri dalam segmen ini. *duh. Rosak BM ~ haha


Comel saja belogs Cik Nurul Azieyan kita ni. Dengan warna purple yang juga favoriteku, dan belogs yang simple saja. Comel ! Nak join? Joinlaaaa. hehe. Sila KLIK pada banner comel kat atas and then tadaaaa! Join giveaway tu, dan hey. Tak nak follow belogs saya ke? Followlaa. haha

Baiklah. Dah siap. Jadi saya nak tag seorang geng belogers juga, iaitu Cik Lyeen comel :D

# Giveaway itu satu motivasi untuk berbelogs :D

Apabila zaman kegemilangan kembali

Baiklah. Hari ini dengan menggunakan Interactive Board, kami bergila-gilaan. Terasa macam kembali ke zaman kegemilangan : KANAK-KANAK. kau rasa macam board tu  kau punya. Macam orang lain tak wujud. HAHA. Berkaraoke lah. Bergambar. HAHA





Ini dia watak utama. HAHA. Eh lupa nak beritahu. Saya KADET REMAJA SEKOLAH. Lyeen, Aida dan Suri PANDU PUTERI. Ngamlah. Saya gagah perkasa, mereka ayu gemalai. HAHA

# SAHABAT sentiasa sama-sama. Dan bergila-gilaan bersama-sama. I LOVE YOU sahabat. Thanks God for this. ^____^

I know how it feels.


Menangis itu perlu. Lebih-lebih lagi untuk seorang yang bergelar wanita. Kita dan air mata sememangnya tak akan pernah terpisah. Sedih-menangis. Gembira-menangis. Sakit hati-menangis. Kecewa-menangis. Rasa bersalah-menangis. Takut-menangis. Terharu-menangis. 

Ada dalam kalangan kita ni beranggapan bahawa sekiranya seseorang itu menangis, dia seorang yang lemah. Yang manja. Yang tak best kerana asyik nak menangis. But then, come to think of it, is tears really shows someone is weak? Sometimes, those who cried is the strongest person we ever met in out life, yet they cry. Why? because they had gone through so much. They bottled up everything. They had fight for the things that they treasure the most, yet they loses it. And in the end, they cried. For they knew that the next moment that beloved of their was never theirs anymore.

Err. Saya ada seorang kawan. Selalu kawan saya tu cakap yang dia tak nak menangis. Dia akan tahan diri dia daripada termenangis. Tapi selalu saya bangkang kata-kata dia. Bagi saya, kalau nak menangis tu, nangis je la. Kecuali kau tiba-tiba menangis sebab perkara yang tak berfaedah. Tahanlah. Tapi tak boleh tahan sangat. In the end, hati kita makin sakit kalau terlalu menahan emosi tu secara bersendirian. Oleh itu, JOM NANGIS. haha

# Kalau kau nak nangis, cari saya. HAHA. Sisters knew the tears that we try to hide in our eyes. And they knew exactly why.

"Segmen: Follow Me FOllow U"

Hai semua. Sekali lagi. Segmen best yang saya sertai. Segmen Follow Me Follow You yang dibuat oleh si Gadis Mata Empat. Comel belogsnya. Pinkish gitu :D


So kalau kamu semua nak tahu apa ganjaran pemenang segmen ini, KLIK sahaja pada banner comel di atas. Then joinlah segmen dia ni. Tapi sebelum tu, *tak paksa tak paksa* tak nak follow belogs saya ke? ^____^

# Hari ini bermula dengan senyuman. Kenapa? Sebab rasa comel sahaja apabila awal pagi dah senyum-senyum. :D

Tuesday, 5 February 2013

Segmen Blog Popular Sangat

First of all, thanks to Moriss Mc sebab rajin tag saya dalam setiap segmen yang dia ikuti. Anda inspirasi saya :P
# KLIK pada nama manusia itu dan follow dia ! :D

Taaa Daaa !
Tekan laju-laju pada banner ni dan JOIN THE SEGMEN! Macam saya :D

Baik, segmen kali ini mengenai belogs yang menurut saya ini BEST dan POPULAR.

Dan yang terpilih adalah.... Jeng jeng jeng.......

- sebab segala macam benda ada dalam belogs ini. Daripada kisah jiwang sehinggalah tips-tips seharian :D. Dia memang belogers tegar yang sempoi :D
 
- Sebab dia menggunakan template yang bergambar MERLIN, dan dia smart bab edit-mengedit ini.Tak lama manapun dia dah banyak followers berbanding saya :P

*Sila tekan nama mereka itu dan lihat sendiri betapa belogs mereka itu sangat awesome! :D

# Segmen, mengenali dan memperkenalkan seseorang dengan orang lain. 

ENERGETIC Day

Hai semua. Sihat tak hari ni? Dah makan malam ke belum? eh eh eh. Macam sedang tanya murid-murid pula kan kan kan. hehe. Harap semuanya sihat-sihat dan mempunyai mood 'happy-never-fades' seperti kawan-kawan saya. HAHA. Baiklah, happy-never-fades tu saudara happy-go-lucky. Sentiasa happy walaupun banyak batu-batuan termasuk bata yang dilemparkan kepadanya sepanjang perjalanan dalam kehidupan ini. eewah. Sastera ke? :D

Maka entri ini adalah entri untuk menunjukkan betapa *kononnya* padat aktiviti seorang guru pelatih tetapi masih juga dia dapat menunjukkan keceriaannya dan semangat, di sebalik peluh-peluh wanita yang mengalir lesu membasahi badannya. OH MAI. Baik~ Saya berhenti merapu. HAHA

Hari ini hari selasa. Bermakna hari ini rumah sukan saya, PENDEKAR a.k.a KUNING ada latihan rumah sukan pada jam 5.00 p.m. - 6.30 p.m. di padang luas IPG KBM. Dan sesungguhnya setiap hari tersebut saya akan terlebih bersemangat. Teriak sana, teriak sini, gelak sana, gelak sini, lari sana, lari sini, lompat sana, lompat sini, lontar itu, rejam ini, lempar itu.. Macam-macamlah. Dah dinamakan hari latihan, maka saya menggunakan hari latihan tersebut untuk menjadi hyper-active seketika. hehe. Semangat tahu nak turun latihan ni. Sebab ada Cik Siti kami yang begitu bersemangat tiap latihan, awal turun ke padang berlari 100m dengan kami *eeewaah haha* dan juga tak segan silu nak bantu apa-apa yang kami perlukan. Dan beruntungnya kami kerana Cik Midah sudi men-sponsor air sirap sejuk setiap kali latihan PENDEKAR. Oh terima kasih cikgu! :D

Baiklah. Hari ini bolehlah dikatakan 10 jam saya berada dalam di luar bilik. Since 8 o'clock until 4.30 in the afternoon I am in my class, and then 5 o'clock 'till 6.45 pm I am in the training session and then playing volleyball at 6.50-7.20 pm. Wonderful isn't it? :D

Tapi.. Meskipun penat, saya masih bersemangat. WHY? sebab saya kan happy-never-fades. Aktiviti yang melibatkan fizikal dan di luar kelas ini memang FAVORITE saya. HAHA. Tak penat pun, just terasa otot-otot deltoid dan gluteus maximus ni sakit sikit. Terlampau aktif kan tadi. hehe.

Pensyarah: Awak ni tiap kali turun padang mesti tak pandai duduk diam. nak gerak je keja awak. Tak penat ke?
Floe: Saya suka aktiviti macam ni Cik. Cumanya takda bakat sangat dalam bidang kesukanan ni. Kalau duduk je lagilah rasa penat. hehe
Pensyarah: Entahlah awak ni. Saya pula yang penat tengok awak asyik lari sana lari sini.
Floe: hehe. Takpa Cik. Saya tough ni. Takda apa-apa punya. hehe

 Saya memang tak boleh duduk diam. Well, energetic ka isio.

# Waktu di padang menjadi waktu riadah yang best jika kita betul-betul menghayatinya. ^___^

CINTA

Apabila geng-geng stay dalam kelas, dan timbul topik CINTA. haha. 

Cinta tak mengenal siapa. Cinta tak mengenal berat badan, tinggi, warna kulit, berduit ke tak, hensem ke tak, cantik ke tak. Cinta itu buta. <--- INI DULU. Sekarang lain. Sekarang susah nak jumpa yang betul-betul memaksudkan apa yang dikatakan. Ada yang kononnya tak kisah itu ini, yang penting hati sudah cinta. Tapi.. Tapi apabila ada sedikit masalah sahaja dalam perhubungan tu, terus CERAH dan TERANG dan JELAS semua kekurangan yang kononnya selama ini TAK MEMBERI SEBARANG KESAN.

Itu manusia. Kita manusia. Dan kita punya banyak kekurangan yang kita tak sedari, dan sebenarnya perlu kita sedari. 

CINTA.

Banyak definisinya. Banyak situasinya. Banyak kesudahannya. Banyak ragamnya. Dan banyak kesannya. Hanya diri kita sendiri yang akan memahami cinta dalam diri kita. 

CINTA?

Banyak yang derita kerana cinta. Tapi banyak juga yang bahagia kerana cinta. Ada yang sentiasa mencari cinta, sehingga sanggup mempermainkan cinta dalam hati orang lain. Dan ada pula yang takut dengan cinta, sehingga menolak setiap cinta yang mencuba menghulurkan salam perkenalan.

CINTA. Jangan tergesa-gesa mencari cinta. Kerana sakit apabila dilukai oleh cinta antara sakit yang sangat sakit, sangat lambat untuk sembuh dan sangat memenatkan.

# Biar cinta itu kerana Tuhan. 

So Sweet !

So sweet ! HAHA. Hari ni super duper triple daun maple dan pokok apple yang sweet sekali saya rasa. haha. 

Tepuk tangan banyak-banyak untuk si tukang edit belogs saya. Oh hebat-hebat-hebat ! Saya suka-suka-suka sangat. Baiklah. Terlalu gembira sebenarnya ni. Akhirnya belogs saya yang telah usang dan err. Tiada peruntukan untuk memperbaiki belogs ini. HAHA. Dan akhirnya seorang insan yang saya telah gesa beberapa kali untuk meng-edit belogs ini telah berbaik hati meluangkan 2-3 jam dalam belogs saya ni. OH I am very happy. Very. Very! 

A very special thanks goes to Mr. Maurice Micheal and sila terjah belogs dia. Tekan sahaja namanya yang tertulis tu. hahahaha.

Thank you !

Thank you !

Thank youuuu !

# oh happy. Smart sudah belogs saya. HAHA

Saturday, 2 February 2013

Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar

Segmen Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar :D



Lagu Favourite : Invisible by Taylor Swift


Saya tag dua orang belogers yang awesome kat sini! 

So, done ! Doakan yang menang tu saya. ehhh? haha

Segmen Free Header + Review Blog by NFH

http://nurfarahudahud.blogspot.com/2013/02/segmen-free-header-review-blog-by-nfh.html

Baiklah. Sebenarnya ini merupakan segmen kedua yang saya pernah ikut sepanjang menjadi belogers ini. Apabila view belogs Cik NFH ini, saya sungguhlah rasa rendah diri. Belogsku teruk plus-plus dibandingkan dengan belogs-belogs lain. HAHA. Apa-apaun, JOM TERJAH segmen ini. Klik pada banner comel kat atas ! Harapnya saya dapat FREE HEADER tu la ye. hihi

# blog lain banyak info, blog saya saja yang penuh dengan kejiwangan. Oh God. HAHA

POEM # No Time To Pray

I knelt to pray but not for long,
I had too much to do.
I had to hurry and get to work
For bills would soon be due.

So I knelt and said a hurried prayer,
And jumped up off my knees.
My Christian duty was now done
My soul could rest at ease.

All day long I had no time
To spread a word of cheer.
No time to speak of Christ to friends,
They'd laugh at me I'd fear.

No time, no time, too much to do,
That was my constant cry,
No time to give to souls in need
But at last the time, the time to die.

I went before the Lord,
I came, I stood with downcast eyes.
For in his hands God held a book;
It was the book of life.

God looked into his book and said
"Your name I cannot find.
I once was going to write it down...
But never found the time"

::- Anonymous

# Spend time to thank Him, for everything that He gave in our life. He can do something in a glimpse of our eyes the things that needed our years to be done. Thanks GOD ! I love You!

HEALED perfectly

First of all, thanks GOD for today. Ah, for yesterday too. I have this blast moment with my best friends! Thanks O Loving God. Thanks thanks! I love You God! :)

So, today. I woke up a bit late. Sepatutnya hari ni bangun awal laa, sebab semalam saya tidur awal. Tapi mungkin disebabkan sudah beberapa hari tak cukup tidur, selalu tidur hanya apabila jarum jam menunjukkan pukul dua pagi, maka apabila hujung minggu ni tiba, secara automatik diri ini lewat bangun. Kata orang, kalau tak cukup tidur, badan akan lesu, tak ceria, kelihatan lebih berisi dan sebagainya, tapi saya lain sikit. Bila tak cukup tidur ni makin bersemangat pula. Makin happening bagai. hihi. Thanks God.

Baiklah, kembali ke tajuk utama entri kali ini. HEALED perfectly. err. Dua tiga orang yang ada membaca entri-entri dalam belogs ini pastinya akan terperasaan mengenai beberapa entri yang menyebutkan tentang Teman Tapi Mesra saya tu. So, entri kali ni pula dengan bangganya saya menyatakan bahawa ini entri terakhir saya yang akan dilabelkan dalam label "The Post For You". Esok-esok, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan dan masa-masa seterusnya, saya tak akan post apa-apa lagi yang menggunakan label tu.

Thanks God. Sekali lagi saya berhasil melalui satu fasa yang sangat melemahkan saya. Thanks God untuk segala-galanya. Semalam saya jatuh cinta, dan semalam juga saya jatuh sakit kerana cinta. Dan hari ini saya sudah membuat satu keputusan rasmi. eseh! Rasmi :D

Melepaskan semua perasaan yang pernah ada, dan membiarkan segala-galanya menjadi satu kenangan yang sebenar-benarnya hanya kenangan. Saya tak akan pernah mencuba kembali lagi dalam perasaan itu. Tak akan lagi. ^___^

Sejujurnya, apabila perasaan sayang ini sudah bercambah, memang sangat sukar untuk diredakan. Apatah lagi apabila sudah mencintai, memang sangat sukar untuk melepaskan. Tetapi saya sedar, jika saya terus membiarkan diri saya lemas dalam kesakitan ini, saya tak akan ke mana-mana. Dan ini menjatuhkan imej saya sendiri dalam pandangan saya sendiri. Dan membuatkan saya tak bahagia dengan diri saya sendiri.

Sekarang apabila melihat si kawan itu, saya tak berharap lagi untuk dia menginginkan saya. Sekadar satu pandangan dan teguran daripada kawan. Yes, memang ada rasa lain sikit tapi overall, I am not that pathetic anymore. So, sekali lagi, terima kasih Tuhan! Akhirnya saya mendapat ketenangan yang selama beberapa bulan ini saya inginkan. Perasaan itu akhirnya berjaya saya atasi dan kini, menerima segala-galanya dengan 100% yakin bahawa Tuhan tidak menginginkan saya dan dia bersama-sama.

Entahlah. Cinta? Tawar hati. Bukan berdendam, tapi rasa tak yakin dengan diri sendiri. Mungkin sebab apabila saya menyayangi seseorang saya akan betul-betul mengambil berat tentangnya, sehingga orang itu merasa rimas, ataupun akhirnya saya hanya dipergunakan. Cinta? Saya takut dengan cinta.

# Tuhan bimbing saya. Bantu saya untuk menjaga hati sehingga saya bertemu dengan seseorang yang benar-benar mencintai saya kerana Dikau Tuhan.

Friday, 1 February 2013

Saya Anak Baik !

Rindu dengan keluarga. Sangat-sangat. Hingga rasa nak teriak-teriak, tapi xleh teriak-teriak juga. Sebab lepas ni nak pegi karaoke di REDBOX dengan geng !

Dengan Memiey, Lyeen, Jaelle, Cici, Suri, Aida, Kak Ainz, Izzat, Apik dan Akmal. 

Sepatutnya pergi satu kelas tapi entahlah. Yang lain ada urusan kot, tak dapat join. Sedih juga, sebab dah plan kan. Dan sepatutnya hari ni pun nak pegi karaoke dengan besprengg - Bhen, Moriss, Casey dan Onjoy - tapi dah janji dengan gegurls pula kan. Hmm. Sorry Lenk :(

Pagi tadi telefon Mama. Beritahu yang elaunggg dah masuk tapi dah separuh habis. Mama cakap, 'Pandai-pandailah kau. Guna untuk yang penting-penting sahaja. Nanti kalau betul-betul habis duit sudah, bagitahulah. Boleh juga kirim RM50-100 ni. Tapi gunalah elaun tu bagus-bagus.' duhh. Amanat yang sama, tapi saban kali saya selalu terlupa. Takpa Mum! Sem ni saya cuba sehabis baik guna untuk yang perlu sahaja.

Tapi... tapi! :D untuk karaoke kali ni, saya sudah bagitahu Mama yang ini outing kelas, dan lebih ramai perempuan yang pergi dibandingkan dengan lelaki. Jadi Mama bagi kebenaran siap dengan pesanan - 'Jangan balik lewat sangat. KL tu. Bahaya. Jaga diri bagus-bagus. Jangan guna banyak sangat duit. Jimat' - Ouu Mama. I miss you. Really :')

Okey baiklah. Kejap lagi nak bersiap untuk outing ni. hihi. Apa-apapun, hari ini sahaja rasanya saya akan pegi karaoke ni. RASANYA. Sebab nak budget. :)

# Doa pada Tuhan agar Mama dan Papa sentiasa sihat.