Saturday 18 August 2012

Me and Them :D

Sekarang ni sepatutnya dah ada kat rumah. Huuuu. Sedih ! Menyesal beli tiket lambat ! Tapi saya sedih-sedih ni, mesti Cik Lyeen, Liza Awesome and Mr. Gapik lagi haru kan ? Raya ni. Kasihan bha kamu geng ! HAHA. Okey saya nak perkenalkan, ini adalah..

Ini adalah Cik Liza (Kanan) adik Cik Lyeen(Kiri). Well.. memandangkan Cik Lyeen tu dah macam adik saya *cheeewaah !*, maka Cik Liza ni juga merangkap adik saya jugala. HAHA. Dia sekarang penuntut di Universiti Islam Antarabangsa. Berumur 19 tahun. Kan Lyeen ? hehe. Dan dia berkunjung ke asrama kami selama beberapa hari sebelum kami semua bertolak ke airport pada hari isnin nanti :D

Maka, sepanjang beberapa hari yang sangat free ini, kami membuat kerja gila yang memang gila. Sebenarnya tak berapa gila, tapi saja nak rasa macam betul-betul gila masa nak post entry ni. HAHA

Ini kami. Floe, Mash dan Lyeen. Room-mate saya (jiran sebenarnya). haha
*Thanks gambar Mash :)
 
Ini pula Masnie, yang ditinggalkan oleh room-matesnya seorang diri di bilik dia yang besar tu. Maka, dia pun join the group. haha. Group bising je sepanjang hari.

Memandangkan banyak masa terluang, maka saya, Lyeen, Mash, dan Masnie memutuskan untuk menonton movie. Okey movie. Yang extraordinarynya adalah, kami memilih movie seram untuk tontonan sepanjang malam itu. HAHA. Sudahlah 3 manusia itu selama ini tak cun tengok movie seram, entah mengapa masa nak cuti, masa asrama KKAA tu, tiba-tiba nak tengok pula cerita macam tu. haha.

Okey baiklah. Ini adalah antara movie-movie yang kami telah marathon selama 2 malam ! :D

1. Bunshinsaba
2. The doll Master
3. Cello
4. Whispering Corridors
5. Dark House
6. Apartment
 7. Muoi Thai
8. The Dead Friend
9. Hensel and Gretel

Sebenarnya nak masukkan gambar-gambar movie tu dalam entry ni, tapi saya pula yang seram bila buka balik entry ni satu hari nanti. hehe. So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk mencari movie seram, saya syorkan sila cari movie-movie kat atas. Tak best sangat pun, cuma.. Mungkin korang boleh tersentak jugalah masa tengok movie ni. hehe

Best pula bila tengok ramai-ramai. Tak rasa seram sangat. hehe


# Tak sabarnya nak balik rumah !

No comments:

Post a Comment