Friday, 17 August 2012

I'm Waiting

Saya pun tak tahu sebenarnya.

Saya menunggu. 

Tapi kalau tiada juga, tidak apa.

Saya tunggu pula sebelum balik di penghujung semester nanti.

Kalau tiada juga, tidak apa.

Saya tunggu sehingga beberapa hari sebelum cuti pertengahan semester 3 kita nanti.

Kalau tiada juga, tidak apa.

Saya tunggu sehingga beberapa hari sebelum cuti penghujung semester 3 nanti,

Saya akan menunggu. Sehingga saya betul-betul telah penat menunggu.

Sementara saya masih mampu menunggu ni, tapi kalau kau tak datang-datang, saya doakan saja kau.

Tak sempat jumpa untuk ucap selamat jalan, tidak apa. Kalau tak ada mesej pun untuk mengucapkan selamat bercuti, tidak apa. Kalau tak ada mesej langsung sepanjang cuti, sepanjang PBS nanti pun, tidak apa.

Saya ucapkan dalam hati saja. Saya tunggu saja kalau tiba-tiba kau boring sangat-sangat, mungkin tiba-tiba kau mesej kan. Tapi kalau tidak ada juga, tidak apa.

Saya pun tak tahu kenapa begini. Tapi, biarlah kan. Bukan kau tahu dan sedar pun.

* Selamat jalan, selamat balik, selamat bergembira dengan keluarga, selamat bercuti dengan tugasan yang berlambak, selamat ber-PBS, selamat menjalani hidup kau. Dan sehingga kita berjumpa kembali. Eh, tak. Sehingga saya nampak kelibat kau lagi. Selepas 2 minggu. Baik-baik di kampung ! *

# I miss you

No comments:

Post a Comment