Tuesday, 14 August 2012

Bergaduh ke ?

Kisah benar di pagi Khamis yang lalu.

Ada orang tegur. Saya bergaduh ke dengan dia sampai tak bertegur langsung.

Err. Tak tahu nak jawab apa.

"Kami tak gaduh laa. Just busy dengan assignment. Kami ada bertegur juga. Cuma tak kerap dah." 

Tu saja yang selalu menjadi jawapan saya. Betullah kan. Sekarang ni semua sibuk dengan assignment. Saya sibuk dengan kawan saya, dan dia sibuk dengan kawan dia.

Then the next question. 

"Korang dah break ke? Dia curang ke?"

.... PERGHHHH !!! Ni soalan yang buatkan saya terkedu seketika. 

"Ehhh. Taklah. Kami okey ja."

TERSENTAK ! 

Rupanya masih ada yang tersilap menilai dengan hubungan kami selama ni. Saya dan dia cuma sahabat. Yang mungkin tersalah menilai perasaan masing-masing apabila sudah terlalu rapat. 

Kalau nak terangkan segala-galanya, memang memakan masa yang panjang. Dan rasanya tak ramai yang akan faham. Bestfriend saya faham. Sebab they know me, and him. And they know the real story. So, tak suka memanjangkan perbualan pasal benda tu, saya jawab macam tu sajala. 'kami okey'. 

Tak couple pun. Sekadar teman tapi mesra. Dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk menjadi kawan sahaja. This is the best decision for both of us.

Soal curang tak curang, tak ada langsung. Rasanya sebab post-post saya kat FB yang menyebabkan ada yang salah faham kot. Sorry kawan, gara-gara saya, ada pula yang ingat kau curang dalam persahabatan kita. HAHA

Walau apapun, tak bercakap tak bermaksud tak kawan. Some time, friends only speak among them through prayers. :)

# Teman tapi mesra.

No comments:

Post a Comment