Wednesday, 20 February 2013

Tough moment - Saya ASKAR

Hai semua. beberapa hari tak update entri. Sangat sibuk minggu ni, dan minggu hadapan juga. Hari ni saja sudah ada dua mesyuarat. Mesyuarat bersama -sama dengan JPP dan Pengarah IB, serta mesyuarat bersama AJK Kejohanan Olahraga IB. Fuhh. Penat. tapi best. Dan sekarang sangat pening untuk menyiapkan tugasan abanglokmansayang. Inilah ni kalau tangguh kerja kan. Sekarang kan dah merana sendiri. Nasib baik tak TERlalu menangguhkan kerja. huhu. Kalau tak memang pengsanlah nak buat semua ni. Dengan tugasan pembentangan lain, dengan kerja JPP, dengan Wataniah, dengan Kerja Kursus. Ohh Floe! Be tough ! Be strong ! Buat semua dengan ikhlas ! Sibuk memang sangat, sangat, sangat sibuk ! Ohhh Tuhan !

Hujung minggu lalu saya dan twin saya, Jesse mengikuti Latihan Tempatan Askar Wataniah Sukarela yang pertama. Dalam hari sabtu tu kami buat latihan kawad untuk Majlis Ulang Tahun Rejimen dan juga Perasmian Permulaan Latihan tempatan Askar Sukarela 2013. Best sangat-sangat. Jumpa dengan buddies siri 3 2012 - Asyraf @ Black, Hazwan @ Black, Effa @ Kecik, Slayman @ Ydpong, Farid @ Penyamun, Madrid @ Cikgu, Hafizhat @ Pijat, Faiz, Nazirul @ Zul, Norasmah @ Mamah, dan banyak lagi. Lepak dengan mereka ni malam tu. Then ahad pula berkawad dengan loreng yang sangat hensem apabila dipakai !

Saya suka sangat askar ni. Kenapa? Sebab saya rasa saya betul-betul keluar sebagai saya apabila berada dalam tu. Yang kasar, yang suka teriak, yang lasak, yang gila-gila. Tapi still, hati saya masih ingin mendidik anak bangsa. Kiranya askar ini sebagai nilai tambah dalam diri saya. Guru yang sanggup berkorban masa, tenaga dan mungkin satu hari nanti diperlukan oleh negara untuk berkhidmat. Mudah-mudahan makin ramai para guru pelatih di luar sana yang akan menyertai perjuangan ini.

Misi saya sekarang adalah untuk mewujudkan satu Badan Wataniah di IPG saya sendiri. Masih dalam proses. Biasalah, setiap perkara baharu pastinya akan ada tentangan. Doakan saya dan rakan-rakan lain berjaya menyelesaikan setiap tugasan yang diamanahkan kepada kami. Semoga Tuhan memberkati anda, anda dan anda yang di luar sana !

# Semoga hati ini terus yakin bahawa setiap kejadian itu dijadikan olehNya dengan sebab yang Dia telah tetapkan. Sayang Tuhan. Thanks God. ^__^

No comments:

Post a Comment