Wednesday, 6 February 2013

ANGKARA HUJAN

Angkara hujan! Saya dan Aida, Suri, Syuhada, Lyeen, Mia, Shahlan, Alif, dan Akmal basah! Dan angkara hujan, saya rasa saya bakal demam. 

Kenapa hujan?

Sebab petang tadi degil sangat. Nak juga main bola tampar dalam hujan lebat tadi. Habis je perjumpaan unit beruniform tadi, terus berlari balik ke bilik untuk menyimpan beg, kemudian pecut ke gelanggang bola tampar. Semangat nak main. hehe. Dengan baju KRSnya, dan Pandu Puterinya, kami bermain dengan sepenuh hati. Tiba-tiba pula hujan. Dah alang-alang sedang main, redah sajalah. Lagipun bukannya saya seorang je perempuan. Banyak gegurls. hehe. Meskipun dah basah kuyup, kasut dah berat 2 kali ganda daripada kebiasaannya, dan rambut memang dah basah habis, err. dengan gelanggang yang licin, bola makin berat dan spek mata saya dah kabur-kabur gara-gara hujan. Main juga. Oh hujan. Nasib baik takda petir. hihi

Best sangat tadi. Gelak sama-sama, mengenakan kawan-kawan, teriak-teriak, lari-lari, lompat-lompat dan MAIN HUJAN ! Haha

Beginikah bakal cikgu? Mengalahkan budak-budak dengan bermain-main semasa hujan. HAHA. Takpa, yang penting bahagia katanya ! :D

# Thanks God.

2 comments: