Tuesday, 5 February 2013

CINTA

Apabila geng-geng stay dalam kelas, dan timbul topik CINTA. haha. 

Cinta tak mengenal siapa. Cinta tak mengenal berat badan, tinggi, warna kulit, berduit ke tak, hensem ke tak, cantik ke tak. Cinta itu buta. <--- INI DULU. Sekarang lain. Sekarang susah nak jumpa yang betul-betul memaksudkan apa yang dikatakan. Ada yang kononnya tak kisah itu ini, yang penting hati sudah cinta. Tapi.. Tapi apabila ada sedikit masalah sahaja dalam perhubungan tu, terus CERAH dan TERANG dan JELAS semua kekurangan yang kononnya selama ini TAK MEMBERI SEBARANG KESAN.

Itu manusia. Kita manusia. Dan kita punya banyak kekurangan yang kita tak sedari, dan sebenarnya perlu kita sedari. 

CINTA.

Banyak definisinya. Banyak situasinya. Banyak kesudahannya. Banyak ragamnya. Dan banyak kesannya. Hanya diri kita sendiri yang akan memahami cinta dalam diri kita. 

CINTA?

Banyak yang derita kerana cinta. Tapi banyak juga yang bahagia kerana cinta. Ada yang sentiasa mencari cinta, sehingga sanggup mempermainkan cinta dalam hati orang lain. Dan ada pula yang takut dengan cinta, sehingga menolak setiap cinta yang mencuba menghulurkan salam perkenalan.

CINTA. Jangan tergesa-gesa mencari cinta. Kerana sakit apabila dilukai oleh cinta antara sakit yang sangat sakit, sangat lambat untuk sembuh dan sangat memenatkan.

# Biar cinta itu kerana Tuhan. 

5 comments: