Sunday, 17 February 2013

Friends-for-benefits


 Sesetengah kawan saya beritahu 'tak payah nak layan si dia tu. Dia tu nak pergunakan kau saja. Tengoklah sendiri. Masa nak minta sesuatu saja dia tu nak cari kau.'

Terkilan tu memang tak payah cakaplah. Memang rasa kecewa juga ada kawan macam ni, tapi terselit rasa bangga di celah-celah kecewa tu. Bangga kenapa? hehe. Bayangkan.. Betapa banyak kawan yang dia ada, termasuk sahabat sejatinya, termasuk kekasih hatinya, termasuk abang kakak adik angkatnya, tapi dia memilih saya untuk meminta bantuan. Walaupun sebenarnya ini menunjukkan yang si kawan itu memang mempergunakan kita, tapi apa salahnya kita bersangka baik kan. HAHA

So, kalau dapat kawan macam ni, silalah bertenang. Kalau mampu tolong, tolong sajalah. Kalau tak mampu, terus terang. Tak payah nak gaduh-gaduh. Ingat, setiap kebaikan yang kita lakukan yang memudahkan urusan baik seseorang akan diberi ganjaran pahala olehNya, walaupun di dunia ini tak ada seorangpun yang melihat kebaikan yang kau lakukan.

# Terkilan, terkilan juga. Tapi kena ikhlaskan diri, dan anggaplah kamu istimewa kerana orang mencari kamu untuk membantu dalam masa susahnya. Ingat, Tuhan melihat nawaitu kita! :)


No comments:

Post a Comment