Wednesday, 13 February 2013

Sahabat atau Kawan?

Hai kepada semua pembaca belogs ini. Saya harap kamu semua sihat, macam saya. hihi

Baiklah. Hari ni baru balik dari rumah abah angkat di Parit Serong, setelah menghabiskan 5 hari 4 malam di sana. Dan entri ini tak ada kaitan dengan percutian tu sebenarnya. Saja je nak sebut. haha. Straight to the point!  

SAHABAT atau KAWAN?


Kawan. Bagi saya, kawan itu hanyalah sekadar kawan. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, malahan kita boleh berkawan dengan seseorang yang baru sahaja kita kenali. Itu berkawan. Kenal sahaja, bolehlah diklasifikasikan sebagai kawan. Tahu nama sahaja. Tanpa perlu mengenalinya dengan lebih dalam, kita boleh berkawan dengannya. Itu kawan. Tanpa perlu ada nombor telefonnya pun kita boleh berkawan dengannya. Kawan datang sekelip mata, dan kadang-kadang hilangnya juga sekelip mata.

TAPI.. Tapi sahabat lain. Sahabat sebenarnya manusia normal sahaja. eseeh. haha. Sahabat bagi saya seorang yang mendapat tempat yang istimewa dalam kehidupan kita. Sahabat merupakan orang yang paling kuat menentang kita apabila kita ingin melakukan sesuatu yang lari daripada norma kehidupan. Sahabatlah orang yang sentiasa ada dalam hari-hari kita. Yang kadangkala menyebabkan anda sakit hati, err. SELALU terasa sebenarnya, selalu bergaduh kerana perkara kecil, sebagai contoh, hanya kerana nak pasang kipas bergaduh. Tak ke remeh sangat benda tu? haha. Sahabat ni juga sudi mendengar cerita diri kita yang kerapkali berulang. Sahabat juga seseorang yang tak segan tak malu akan menegur kita sekiranya kita melakukan sesuatu yang abnormal, sebagai contoh, tetiba melenting dengan hal yang terjadi setahun lepas. Tapi dia tak tegur yang marah-marah sehingga kita terpaksa menutup muka dengan guni kerana segan, tetapi dia akan menegur dengan cara yang sesuai dengan kita, might be thru face expressions or body contact or an 'ehem' sound with the warning face expression. And sahabat juga seseorang yang tahu bila nak kacau jiwa kita, dan tahu bila perlu berdiam diri. Dia juga tak berkira dengan sahabatnya. Duit tu tak penting, yang penting gembira. Sahabat juga tak mampu melihat sahabatnya bersedih. Dia akan sangat marah dengan sesiapa yang membuatkan sahabatnya itu bersedih, dan cenderung membenci dengan insan malang tersebut. Sahabat juga seseorang yang ada nombor telefon rumah kita, mak bapa kita, abang kita. Kadang-kadang pagi-pagi tu mak dia telefon kita pula untuk tolong kejutkan sahabat kita tu. itu sahabat.

Fuhh ! Bercakap pasal sahabat dan kawan ni saya suka sangat. Masih banyak sebenarnya. Tapi entri ni terlalu panjang dah. HAHA. Tapi betul. Saya teruja nak buat entri ini. Sebab saya tahu, setiap orang mempunyai dua watak ini dalam kehidupan masing-masing. SAYA PUN!!! Maka, kita yang telah menemui sahabat kita ni, hargailah. Sahabat merupakan salah satu hadiah daripada Tuhan yang tak ternilai untuk anak-anakNya. Yang belum, cuba tengok sekeliling anda. Mungkin anda terlepas pandang seseorang yang sebenarnya sentiasa ada untuk anda.

Dan saya mempunyai sahabat-sahabat saya, yang sudi menerima saya dalam suka duka, teruk baik saya. Thanks NANA, NADA, LYEEN, MORISS, AIDA. You're the best. I love you! Thanks God untuk hadiah ini. Thanks God. Semoga persahabatn ini akan kekal, sehingga ke akhirnya. Semoga kita terus bertahan dalam persahabatan ini, meski banyak kekurangan dan kepincangan dalam diri masing-masing. :')

# Sahabat pengubat jiwa. Tanpa sahabat, jiwa kacau.


2 comments:

  1. terharu saya.. hahaa...
    ^^ ka isio

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau nangis ka? HAHA. :P saya berjiwa sentimental buat entri ini. HAHA

      Delete