Wednesday, 20 February 2013

Tips ANAK BAIK YANG JAUH DI PERANTAUAN

Hai semua-semua yang sudi singgah ke belogs ini. Sedang melayan perasaan rindu yang giler-giler kepada family apabila tiba-tiba terfikir nak buat entr ini. Baiklah untuk kamu dan kamu yang di luar sana, yang berada jauh daripada family, ini adalah beberapa perkara yang kamu boleh lakukan agar hubungan dengan family tak terjejas, dan family ataupun kamu sendiri tak rasa jauh sangat, walaupun realitinya kamu memang berjauhan. Seperti saya, dipisahkan oleh Laut China Selatan. Sedihhh ! Tiap hari terasa macam nak menangis. Dan memang selalu menangis pun! haha. So here goes the tips for us all ! :)
Selalu menghubungi keluarga sama ada melalui telefon/skype/mesej/watsapp or what so ever. Sekarang kan dah maju. Macam-macam cara boleh dilakukan untuk berhubung.  
Selalu mendoakan kesejahteraan ahli keluarga walau di mana sahaja mereka berada. Tuhan mendengar doa/rintihan/bisikan/keluhan/tangisan/harapan dan segala macam yang kita ujarkan dalam pelbagai cara. 
Menjauhi segala perkara yang memudaratkan diri sendiri. Hal ini demikian kerana apabila kita melakukan sesuatu yang memudaratkan diri kita, kemungkinan perkara itu turut memudaratkan ahli keluarga kita juga tinggi. Contoh: merempit/ merompak/ pergaulan terlebih bebas/ ke pusat-pusat hiburan terlampau dan sebagainya. INGAT. Maruah keluarga itu harus dijaga! 
Memaklumkan kepada ahli keluarga terutamanya ibu/bapa/penjaga sekiranya kita akan ke tempat-tempat yang lain daripada kebiasaannya. Contoh: ke perkhemahan unit beruniform. maklumkan dengan keluarga supaya sekiranya berlaku apa-apa, mereka tak terlalu blur dengan sesuatu kejadian. Tak susah pun kan?
Sentiasa mendapatkan restu ibu bapa apabila ingin melakukan/ menyertai sesuatu. RESTU IBU BAPA penting sangat-sangat! 
Menjaga diri sendiri agar keluarga tak ragu-ragu mempercayai bahawa kita akan baik-baik sahaja meskipun berjauhan daripada keluarga. Agar resah dalam hati ibu bapa itu tak berat sangat.
# Sementara ada peluang, gunakanlah. Kita tak tahu sekiranya esok kita masih berpeluang untuk bangun dan memberitahu mereka yang kita sangat, sangat menyayangi mereka. ATAUPUN, sekiranya esok mereka masih ada untuk mendengar suara kita. Tuhan memberkati. :')

No comments:

Post a Comment