Tuesday, 5 February 2013

ENERGETIC Day

Hai semua. Sihat tak hari ni? Dah makan malam ke belum? eh eh eh. Macam sedang tanya murid-murid pula kan kan kan. hehe. Harap semuanya sihat-sihat dan mempunyai mood 'happy-never-fades' seperti kawan-kawan saya. HAHA. Baiklah, happy-never-fades tu saudara happy-go-lucky. Sentiasa happy walaupun banyak batu-batuan termasuk bata yang dilemparkan kepadanya sepanjang perjalanan dalam kehidupan ini. eewah. Sastera ke? :D

Maka entri ini adalah entri untuk menunjukkan betapa *kononnya* padat aktiviti seorang guru pelatih tetapi masih juga dia dapat menunjukkan keceriaannya dan semangat, di sebalik peluh-peluh wanita yang mengalir lesu membasahi badannya. OH MAI. Baik~ Saya berhenti merapu. HAHA

Hari ini hari selasa. Bermakna hari ini rumah sukan saya, PENDEKAR a.k.a KUNING ada latihan rumah sukan pada jam 5.00 p.m. - 6.30 p.m. di padang luas IPG KBM. Dan sesungguhnya setiap hari tersebut saya akan terlebih bersemangat. Teriak sana, teriak sini, gelak sana, gelak sini, lari sana, lari sini, lompat sana, lompat sini, lontar itu, rejam ini, lempar itu.. Macam-macamlah. Dah dinamakan hari latihan, maka saya menggunakan hari latihan tersebut untuk menjadi hyper-active seketika. hehe. Semangat tahu nak turun latihan ni. Sebab ada Cik Siti kami yang begitu bersemangat tiap latihan, awal turun ke padang berlari 100m dengan kami *eeewaah haha* dan juga tak segan silu nak bantu apa-apa yang kami perlukan. Dan beruntungnya kami kerana Cik Midah sudi men-sponsor air sirap sejuk setiap kali latihan PENDEKAR. Oh terima kasih cikgu! :D

Baiklah. Hari ini bolehlah dikatakan 10 jam saya berada dalam di luar bilik. Since 8 o'clock until 4.30 in the afternoon I am in my class, and then 5 o'clock 'till 6.45 pm I am in the training session and then playing volleyball at 6.50-7.20 pm. Wonderful isn't it? :D

Tapi.. Meskipun penat, saya masih bersemangat. WHY? sebab saya kan happy-never-fades. Aktiviti yang melibatkan fizikal dan di luar kelas ini memang FAVORITE saya. HAHA. Tak penat pun, just terasa otot-otot deltoid dan gluteus maximus ni sakit sikit. Terlampau aktif kan tadi. hehe.

Pensyarah: Awak ni tiap kali turun padang mesti tak pandai duduk diam. nak gerak je keja awak. Tak penat ke?
Floe: Saya suka aktiviti macam ni Cik. Cumanya takda bakat sangat dalam bidang kesukanan ni. Kalau duduk je lagilah rasa penat. hehe
Pensyarah: Entahlah awak ni. Saya pula yang penat tengok awak asyik lari sana lari sini.
Floe: hehe. Takpa Cik. Saya tough ni. Takda apa-apa punya. hehe

 Saya memang tak boleh duduk diam. Well, energetic ka isio.

# Waktu di padang menjadi waktu riadah yang best jika kita betul-betul menghayatinya. ^___^

No comments:

Post a Comment