Sunday, 27 January 2013

SAYA sebagai ASKAR WATANIAH 2012

Hai hai hai. Nak share gambar-gambar sikit. Ni gambar semasa Kem Tahunan Askar Wataniah Rejimen 515 siri 2 tahun 2012. Ada sesi masuk hutan, menembak, Malam Akrab, tengok bola dengan geng askar lain dan pelbagai aktiviti yang fuhh! Saya rindu sangat semua tu! :')

Ini saya. Tahun ni sah bergelar PREBET FLORINA GUKIN ! :)


Nama kawan saya ni Jessica Michael. Kawan-kawan panggil Jesse. Saya panggil TWIN ! haha. Sebab semua orang dalam kem tu anggap kami kembar. Sudahlah masa rekrut dulu dalam platun yang sama. Dah tu, asyik kena panggil saja oleh tuan-tuan semua. Yang akhirnya...... menimbulkan desas-desus mengenai budak IPG pula. hmm. Tapi yes! Kami selalu berkepit masa tu. Digelar kembar.... Maka, panggilan tu kekal hingga hari ini. :D

Ni pula geng yang sama-sama ikut KT. Masa ni berada di lapang sasar untuk latihan menembak. Peluru hidup dan YES. Saya sangat teruja. First time doe menembak peluru hidup. haha

Sibuk je bergambar kan? hehe. Biasalah. ASKAR macam-macam ada !

Haaaah! Ini satu saya nak cerita. Alkisahnya adalah pertandingan menembak sasaran secara berkumpulan. Sepatutnya team kami ni tak ikut, tapi diarahkan oleh beberapa pihak tertentu untuk ikut je. Dan jeng jeng jeng. Ditakdirkan kami berjumpa dengan satu kumpulan yang terdiri daripada semua peserta lelaki. HAHA. Nama kumpulan mereka ni TERAROSA~ Yang in the end of the tournament dapat juara :P Kami pula team After School yang corot dalam pertandingan tu. HAHA. orang lain boleh je tumbangkan semua sasaran. Kami ?? Rasanya dalam 3 je tumbang. hahahaha. MALU tokseh cakap. hahahaha. MALU !

Okey gambar ni pulak. HAHA. Lepas menembak tu hujan lebat. Memandangkan barang-barang semua termasuk khemah tak kemas lagi, maka tunggu hujan reda la. Kami lepak di satu dewan terbuka tu. Luas juga sebenarnya tapi bila dah hujan dibantu oleh angin kuat, takde yang terlepas daripada terkena tempiasnya. Sementara yang lain sedang buat entah apa-apa entah, saya dan buddies yang lain sibuk bergambar. HAHA. Inilah buddies sengal masa hujan lebat tu. Syok je snap gambar. Padahal tuan-tuan semua lepak tempat sama :P

Ini buddy gegurls. 3 orang daripada siri saya, yakni Jesse, paling kiri dan Effa, paling kanan. Siri 3 2012. The rest rekrut 2011 kot. hihi. Tengoklah betapa gelapnya saya. Kan? Bersinar-sinar gitu. HAHA

Last but not least, inilah antara guru pelatih yang telah sah bergelar PREBET tahun ini, tahun 2013. Kami batch yang sama. Siri 3 ambilan Mei-Jun 2012. Cikgu dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan IPG Kampus Bahasa Melayu KL. Sepatutnya ada lagi daripada IPG Kampus Teknik tapi dorang ni tak join KT masa ni. Takpe. Ada banyak masa lagi kan kan kan ? :)

The end ~

# Ambil peluang menyertai banyak benda -yang positif sahaja-. Mungkin esok takda rezeki jadi cikgu, mungkin saya boleh jadi orang pertahanan kan? Pegawai ke, leftenan muda ke. Kan kan kan? HAHA. Thanks God, for this opportunity. I love this and yes, I treasure the army-heart a lot! Setia dan Gagah !

No comments:

Post a Comment