Saturday, 26 January 2013

BERUBAH?

Tak semestinya perubahan itu perlu yang grand-grand bagai. Kadang-kadang, perubahan yang sekecil-kecil semut dan senipis-nipis rambut yang akan kau lakukan. Yes, saya pun begitu.

Mencuba melakukan perubahan dalam hati. Mudah-mudahan, bermula daripada hati itu, perubahan-perubahan positif lain akan mampu saya jelmakan. Sebab personaliti setiap manusia itu bergantung kepada hatinya. Sekiranya hati saya buruk, maka buruklah saya dalam personaliti saya. Buruk, busuk, kejam, jahat, kotor dan sebagainya. Dan jika hati saya baik, maka baiklah personaliti saya. Penyayang, pemaaf, gembira, sentiasa bersyukur dan sebagainya.

Sungguh, perubahan utama yang saya mulakan dalam tahun ini adalah dengan lebih tamak dalam mendekatkan diri dengan Tuhan. Saya takut saya kembali hanyut dalam pelbagai ruang dosa, apatah lagi kini berjauhan dengan keluarga. Dan sekarang saya selalu muhasabah diri. Dan berusaha melakukan segala-galanya kerana Tuhan.

Saya ingin menjadi lebih baik di mata Tuhan. Seorang yang lebih taat, lebih setia, lebih mencintai Tuhan, lebih menyayangi Tuhan melebihi segala-galanya, lebih pemaaf, lebih memahami, lebih jujur, lebih disenangi olehNya, lebih memujiNya, lebih merindukanNya.

Saya takut meletakkan semua rasa ini kepada insan bergelar lelaki. Mungkin sebab hati saya telah dilukakan sebanyak dua kali oleh insan bergelar lelaki. Ditinggalkan sebanyak dua kali. Dan pesalahnya saya sendiri. Terlalu menyayangi, terlalu obses dengan cinta duniawi. Sepatutnya saya membiarkan cinta itu datang sendiri, percaya bahawa Tuhan telah tetapkan seorang insan untuk saya. Tapi saya bersyukur kerana dengan patah hati yang teruk ini, saya kembali kepada Tuhan. Terima kasih sahabat yang melukai saya.

# Saya mahu seorang lelaki yang lebih mencintai Tuhan daripada mencintai saya, seorang lelaki yang mengingatkan saya bahawa cinta itu tak akan ada tanpa CintaKasih daripada Tuhan, dan seseorang yang membuatkan saya bersyukur kepada Tuhan kerana kehadirannya dalam kehidupan saya. Tuhan, temukan saya dengan dia. Amen.

No comments:

Post a Comment