Tuesday, 29 January 2013

Jangan Nangis Floe!

Hobi saya setakat ni yang belum mampu saya ubah. Tengok post-post terdahulu dalam pesbuk, tengok chat-chat terdahulu. Dan jeng jeng jeng! Saya terjumpa segala macam benda yang akan membuatkan saya sedih dan boleh menangis. Sekarang ni pun memang hampir nak nangis. HAHA. Sedihnya manusia macam saya ni.

Bila kau baca balik semuanya, kau akan terbayang segala sesuatu yang terjadi. kau seakan-akan terdengar suara tu. Kau masih ingat semuanya dengan jelas. GILER. Jelas sangat. Entahlah. Nak kata 'kurang pandai' tak boleh juga. Cuma kurang waras kot, sebab tahu benda tu menyakitkan diri sendiri tapi buat juga. hmm.

Sesungguhnya, semua kenangan tu sukar nak dilupakan. Tapi 100% saya yakin yang saya dan kawan saya tu tak mungkin bersama-sama semula. Bak kata satu lagu tu, "we are never ever getting back together!" .... Weehh! Kapel pun tak pernah! HAHA. Sandiinya diriku. Okey sangat sakit sekarang ni. Sedang tahan air mata ni. Hihi. Jujur, memang 98% nak nangis, tapi saya tahan. Tahan. Tahan. Sebab saya dah berjanji dengan diri sendiri. no more crying for my past.

Nak kata setia, tapi memang bongoklah diriku andai setianya begini. Oh bongoklah diriku ini. HAHA. Sedih! Tapi saya kuat! Sekurang-kurangnya dengan begini taklah saya kelihatan seperti seorang yang desperate. Walhal saya cuma merindui sahaja, bukan menginginkan semula. hmm. Entahlah! Saya pun tak faham sebenarnya semua ni. Yang saya tahu sakit jiwa. Ouu sakit! Memang sangat sakit! Sakit! Sakit!

God heal the broken heart. Oh God. heal this broken heart.

# True feeling never fades. You just learn to keep it deep inside you, so that it won't bother you again and again.

No comments:

Post a Comment