Wednesday, 16 January 2013

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Hai hai hai.
Semester ni saya telah menceburi sebuah bidang baharu, yakni bidang kepemimpinan peringkat IPT. HAHA

Dulu masa zaman persekolahan pun sentiasa pegang jawatan.
Sekolah rendah, pernah pegang jawatan ketua kelas, pengawas pusat sumber, ketua pengawas sekolah, pengerusi kelab. Fuyooh. hihi

Sekolah menengah pun ada juga. Pernah pegang jawatan MPP -Majlis Perwakilan Pelajar-, pengawas asrama dan ketua pengawas asrama.

Jeng jeng jeng. Ni gambar para pengawas asrama SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang dulu. Masa ni Pelajar diterajui oleh 3F :D
Ketua pelajar asrama: Fauzie Kadrah
Timbalan ketua pelajar asrama 1: Feralenny Doline
 Timbalan ketua pelajar asrama 2: Florina Gukin
Kan 3F ? :)

Dan apabila berada dekat IPG Kampus Bahasa Melayu, ini merupakan peluang keemasan kepada saya untuk mencabar diri, sekali lagi! :D

Err! HAHA. Ini merupakan poster pencalonan saya :D

"BERUSAHA UNTUK SENTIASA BERUSAHA"
Tak kira apa-apa pun, saya akan mencuba untuk berusaha. Kalau tak mampu selesaikan pun, sekurang-kurangnya saya mencuba. :)

Hari ini (16.01.2013) adalah hari untuk membuang undi.
Saya telah berucap beberapa kali untuk acara pengundian ini.
Harapnya ada yang yakin bahawa saya mampu menggalas tanggungjawab sebagai ahli JPP ini.
Tapi kalau tak ada yang yakin, tak apa! Maksudnya saya perlu memperbaiki sesuatu dalam diri saya, agar saya boleh diyakini oleh rakan guru pelatih yang lain.

# Nota hari ini 
:: Jangan takut untuk mencuba, dan jangan takut untuk berubah ::


No comments:

Post a Comment