Wednesday, 16 January 2013

ANATOMI dan FISIOLOGI

Selamat pagi cikgu ! :D

Suasana Kuala Lumpur hari ini mendung, semendung hatiku. Aiseseseseseseeehhhh! HAHA

Hari ini kuliah bermula dengan pelbagai nama tulang temulang yang sangatlah mudah untuk diingati. HAHA. Ada femur, fibula, ulna, patella, skapula, hips bone dan segala bagai yang perlu dihafal. O M GOD ! Harus bagaimana ni ? Sudahlah saya ni bukan jenis yang pro dalam bab-bab mengingat ni. God, help me !

Hari ini lecturer saya sedih dan terluka. esesesesehh ! :) Lecturer Anatomi dan Fisiologi kelas saya ni sememangnya antara barisan pendidik yang saya segani. Beliau berjiwa pelajar, jarang marah, jarang membebel, sentiasa awal ke kelas, hebat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran beliau. Saya ? Kami ? Para pelajar yang selalu lewat datang ke kuliah. Bukan semuanya, tapi sesetengah sahaja. HAHA.

Beliau menyatakan bahawa ada pelajar yang menipu mengenai kelasnya. Dia memulakan kelas seawal 8 pagi, tetapi pelajar tersebut telah menyalahkan info, dengan mengatakan bahawa beliau memulakan kelasnya pada jam 8.30 pagi. Sehingga beliau dipanggil oleh PENGARAH. Kasihannnnn.

Okey baiklah. Sebenarnya sekarang ni perlu menyiapkan tugasan amali yang diberi. Tapi.. Tapi.. Florina Gukin memang jenis begini. Kurang tak komited dalam tugasan. Tapi kalau dah mula, kau tabik yooo! HAHA.

Lepas ni pula kuliah dengan abanglokmansayang. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. :D Dengan segala tugasan yang berlambak, dia memang pujaan hatiku ! haha.

Baiklah! I need to do the amali now! Or else, kerja ni semua akan tertangguh, tangguh, tangguh, tangguh dan tangguh lagi. Akhirnya, satu malam nanti, saya tak akan tidur kerana nak menyiapkan semua kerja ni. 

So.. Babai ! :D

# Jangan tangguh-tangguh kerja. Selagi mampu siapkan hari ini, siapkan! Kelak esok senang sekiranya mendapat tugasan lagi. Jadi tak semakin menggununglah kerja anda kan ? kan ? Kan ??? 

# Saya bakal guru. Harus bertanggungjawab.

# Thanks God for today. I heart You more and more ! :D

No comments:

Post a Comment