Sunday, 21 April 2013

Aku Rindu

Satu sajak yang aku ukirkan, tika dada banjir. Dan tika tiada siapa di sisi untuk mendengar satu irama yang jiwaku lagukan.

AKU RINDU

Berlari 
dan berlari..
Entah mana sampainya aku tak tahu

Teriak
dan teriak..
Entah sampai bila aku pun tak tahu

Merintih..
dan merintih..
Entah siapa mendengar aku tak mahu tahu

Ketawa..
dan ketawa..
Entah siapa tak dengar aku nak perdengarkan

Dan meraung..
Terus meraung..
Entah aku masih diriku atau tak.

Kelam. Kecam. Serabut. Sesak.
Dan aku lihat kosong.

Luluh. Luruh. Lemah. Layu.
Aku kini merangkak mencari erti rindu.
Kerana tiada ku lihat diriku yang hilang.
Kerana aku resah malam menjenguk dan bagi aku ruang teresak.

Aku kerling satu waktu
Dan desak agar aku boleh ketemu kembali
Tapi masih aku dibiar sepi sendiri
Dan aku terus meraba pedih.

Kerana aku rindu.

No comments:

Post a Comment