Saturday, 20 April 2013

Pathetic


Aku malu. Semalam aku beria-ia kata bakal tutup buku. Tapi aku tak mampu nak buat benda tu. Aku rasa biarlah buku ini dibuka, sehingga satu detik itu tiba. Detik di mana seseorang akan membantu saya menlangkah dari kekosongan ini, sehingga tak aku ingat langsung di mana letaknya buku 
"Kisah Kau dan Aku".

Sejujurnya, aku manusia sangat kurang cerdik sehingga tak mampu melepasi dugaan ini. Dan aku memang begini. 

Sejujurnya, aku tak merindui kau. Tapi aku rindu KITA yang dulu.

Dan jujur, bila sebak menguasai aku, aku berdoa untuk KITA. Bukan untuk KITA kembali bersama-sama, tetapi untuk kebahagian KITA masing-masing. Aku doakan kau akan jumpa insan yang dapat membantu kau memaafkan aku yang hadir dengan senyuman dan akhirnya pergi dengan satu parut di hati kau, kerana aku tak mampu memberi kau satu keyakinan. Aku berdoa dia akan membahagiakan kau. 

Aku juga berdoa. Mohon agar rasa yang masih tersisa ini akan pudar juga. Agar aku mampu memberi ruang kepada seseorang yang lebih baik. Bukan sekarang, tapi di masa hadapan.

Tapi buat masa ini, biarlah cerita ini begini.

Maafkan saya, kawan.

No comments:

Post a Comment