Thursday, 18 April 2013

Entri BFF: Cik Lyeen

Hai semua. Apa khabar? *bajet banyak readers* Semoga semuanya sihat-sihat saja. Macam saya yang makin hari makin sihat. hihi. Firstly, thanks to all of you who stop by and read this entry. ^___^

Ta daaa! Comel kan kan kan? hihi

Ini Floe dan Cik Lyeen, sahabat susah senang saya yang baru je kenal selama 3 tahun.

Dan entri ini khas untuk dia. Harapnya dia akan baca. Almaklumlah dia kan belogers tegar yang famous amousss tu. Nak ke dia jenguk belogs saya yang usang sang sang sang ni?! haha. Lyeen! Meh baca meh!

Dear Cik Lyeen,

Haii geng. Setelah sekian lama sibuk, maka saya rasa entri cinta ini akan membuatkan kau rasa kau dekat balik dengan saya. hihi. Saya mulakan dengan 1 penyataan. "I Miss You". p/s: kami bukan lesbian.

It's been a while since kita bercerita berjam-jam, since saya datang bilik kau dan buat macam makanan kau makanan aku, katil kau katil aku, laptop kau laptop aku, room mate kau room mate aku. Dan jujur, aku sangat rindu untuk bebel kau. :')

Firstly, maafkan saya sahabat. I failed to see that this few days, ada sendu di wajah kau. Mengapa dan kenapa, biarlah cerita itu di antara kita sahaja. Saya tahu bagaimana rasanya menangis sehingga terlelap setiap malam, dan saya juga tahu bahawa dalam masa itu mesti kau rasa kau lemah sangat, dan keseorangan sangat. Sorry for that. Mesti kau fikirkan yang saya ni sudah tak ambil kisah hal kau.. Sudah tak sudi mendengar cerita kau.. Sorry for that!

Secondly, maafkan saya sekali lagi sahabat. I failed to respond nicely to you apabila kau bertanya atau bersuara. Saya sedar, kau selalu bersabar melayan karenah saya. Yang tak tentu warnanya. Kadang-kadang kelabu, kadang ungu, kadang pink dan kadang tak ada warna langsung. Maaf untuk semua kecewa, sakit hati, bengang dan sedih yang kau rasa kerana saya. Selalu saya terkasar dengan kau, dan ada kalanya lupa untuk meminta maaf. I'm sorry!

Seterusnya (macam karangan yang skema kan), maafkan saya kerana dulu saya lain, sekarang makin lain. You ask me to accompany you to the nearest mall untuk beli ubat, tapi saya penat, dan menolak ajakan kau. I know, walaupun kau senyum kata "tak apalah.." tapi jauh di sudut hati kau terasa juga kan. Then mesti kau cakap "Dulu si Floe ni tak benarkan aku jalan seorang diri. Sekarang ni dia dah tak peduli pasal aku.". I'm really sorry for that. Hanya sebab penat, saya lupa fikirkan perasaan kau.

Then, sorry juga sebab kau dapat sahabat macam saya. Yang suka membebel macam mama-mama, suka mengarah, suka memaksa, suka buat bising, suka mengacau, suka ambil makanan kau, suka baring atas katil kau, suka tayang muka tak hensem pagi-pagi sebelum p kuliah, suka tumbuk kau yang ayu dan lembut, suka minta perhatian kau, selalu cemburu buta. EH? hihi. Memang kadang-kadang saya agak terasa hati apabila nampak kau rapat dengan kawan lain hingga saya diabaikan. Bukan sebab saya lesbian, tapi saya terbiasa 'lyeen dengan floe, floe dengan lyeen'. Tapi saya sedar juga yang saya tak boleh tamak. HAHA. Saya bersyukur juga sebenarnya sebab kau rapat dengan ramai orang sekarang. Sebabnya, kalau saya sakitkan hati kau, kau boleh ber-geng dengan mereka tu dan tak rasa panas hati sangat dengan saya. ^___^

Banyak lagi. Tapi saya takut kau pengsan baca entri yang terlalu panjang ini. hihi. So, kesimpulannya, saya terbiasa dengan kehadiran kau dalam setiap hari saya. Dan sebagai seorang manusia yang sangat, sangat, sangat banyak kepincangan, saya bersyukur sangat sebab ada kau untuk mengingatkan saya, menenangkan saya, dan menerima saya. I thank God for this friendship. 

Ingat selalu, kita umpama Vanilla dan Coklat. Sangat berbeza, tapi sangat sedap gabungannya. 



# Sa pun tak tahu kenapa saya nak juga tulis semua ni tapi this is it. Jumpa ahad ni. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa habiskan makan nasi kau. Jangan tinggal solat. Jangan lupa ulangkaji, UAK next week. jangan lupa rest bagus-bagus setelah sekian lama asyik sibuk dan jangan lupa untuk senyum dan ketawa setiap hari. Lobs u :')

2 comments:

  1. HAHAHAHA..sumpah aku menangis baca entry kau...poyo! Aku tahu ujian utk aku terlalu kuat sem ni...haha....tp aku belajar utk tabah geng. Aku rasa ini balasan utk aku...aku redha dan aku pasrah..sungguh aku hilang orang yg aku syg..dan terlalu syg..aku redha..

    bha! dakmau taip byk2 penat sehhh! dtg biliklah klu berani kita cerita!

    ReplyDelete
  2. Ko lupa yg aku g kursus kan. haha. :P takpa.. Ko kan kawan aku. Kawan aku semua tough2 :P ndak da yang ndak tough. :P

    ReplyDelete