Saturday 11 February 2012

| Bakal Pendidik |

Bakal pendidik.

Meskipun masih bergelar peserta kursus dan belum lagi 
dibenarkan mengajar, 
imej profesion keguruan ini harus dijaga.

Kenapa ?
Mengapa ?

Sebab, suatu hari nanti, kita akan benar-benar menjadi seorang pendidik.
Maka, wajarlah kiranya bermula detik kita menerima tawaran mengikuti kursus perguruan ini,
kita mulai membentuk personaliti diri sebagai guru yang berkualiti sedikit demi sedikit.

Personaliti berkualiti ?

Bagi saya, ini adalah personaliti yang berkualiti sebagai bakal guru.

1. Selalu SENYUM
2. Tidak memencilkan diri sendiri
3. Suka membantu orang lain (mengikut keupyaan)
4. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri
5. Rasional
6. Tidak menggunakan kata-kata kesat / kotor
7. Berani mencuba sesuatu yang baharu
8. Tidak mementingkan diri sendiri

Paling penting,
| menyedari tanggungjawab diri sebagai seorang pendidik |

Banyak lagi tu, tapi saya cuma senaraikan apa yang terlintas dalam benak saya.

Sesungguhnya, kita semua ini hanyalah manusia biasa yang meminjam kehidupan daripada Tuhan.
Maka, ingatlah bahawa nikmatnya kehidupan hari ini adalah
disebabkan Tuhan masih belum mengambil semula milik-Nya itu.
Begitu juga dengan kesempatan menjejakkan kaki ke IPG.
Dan juga peluang mengikuti kursus perguruan ini.

Oleh itu, tepuk tangan, tanya hati, jangan Google okey.
Selama ini, kita ada bersyukur tak dengan kurniaan-Nya ini ?
*saya lah terutamanya. huhu*

*semoga Tuhan memberikan kesempatan kepada kita untuk menggenggam segulung 
ijazah dan mendidik anak bangsa. Ajal itu pasti, masa saja yang tidak pasti.


No comments:

Post a Comment