Perasaan apabila ada sesuatu yang menghimpit perasaan saya.
Perasaan yang hadir apabila saya inginkan sesuatu tetapi
tak pernah tahu apa yang sebenarnya diingini.
Perasaan yang ada apabila kesedihan itu menggamit jiwa,
tetapi saya tak tahu bagaimana untuk menenangkannya.
Bila saya merindui dia, hanya air mata yang memahami.
Tak mampu meluahkan kepada sesiapa.
Tak mampu berkongsi rasa dengan mereka.
Tak mampu bersama-sama dia yang dirindui.
Sakitnya apabila merindui,
dan sedar bahawa dia belum merinduiku.
Sakitnya apabila menyayangi,
dan sedar saya hanya menggenggam janji yang telah lama dimungkiri.
Sakitnya apabila merindui seseorang yang dibenci.
Luka itu semakin dalam, setiap hari yang berlalu.
*cinta itu air mata
No comments:
Post a Comment