Monday 23 July 2012

Kuliah Di Bulan Puasa :D

*sigh*

Sepatutnya hari ini membentangkan hasil tugasan Literasi Bahasa, tetapi malangnya hasil kami entah di mana. Ni la susahnya kalau kerja tu bercerai-berai dan dipegang oleh orang-orang yang berlainan. hmmm.

Pembelajaran ketika bulan puasa. Fuhh ! Mencabar tak mencabar ? haha. Biasanya kalau mengantuk dalam kelas, terus minum air ke, makan Choki-choki ke. Tapi dalam berpuasa ni, tak boleh makan apa, tak boleh minum apa, just.. BUAT BISING ! YEAH ! haha. Mengacau orang-orang yang sedang membentang ! hehe

Pensyarah kami, Dr. Sabri bin Che Man, ataupun mesra dengan ABAH :) mengajarkan kaedah pengajaran membaca dengan beberapa teknik baharu, yakni PANDANG dan SEBUT. Caranya ? Cikgu akan sediakan Kad Imbasan yang mempunyai gambar-gambar berkenaan dengan perkataan yang ingin diajarkan pada hari tersebut, iaitu gambar, huruf-huruf yang membentuk perkataan yang ingin diajarkan serta suku kata yang berkaitan.. Sebagai contoh, hari ini, kumpulan Charlie dari PISMP 2C mengajarkan tentang RUSA. Maka mereka menyediakan gambar seekor rusa untuk ditunjukkan kepada murid :) Dengan cara tu, murid-murid akan lebih tertarik untuk belajar. Lepas tu, cikgu mengajarkan cara membaca dengan menggunakan lagu, ataupun menyanyikan ayat tersebut.

Best tak best kuliah saya ? hehe. Hari ni tak mengantuk sangat. Berkat puasa kot :P

Tahniah kepada semua yang membentang hari ni. Saya pun nak juga ! Khamis ! Pasti saya akan cari bahan-bahan tu dan bawa sendiri ke kuliah. Lagi senang. Kan ? :)

Dua hari dah berpuasa penuh, jadi saya yakin saya akan dapat berpuasa penuh selama sebulan ini dengan jayanya. Kecuali hari-hari tertentu la.. haha

Okey bye !

No comments:

Post a Comment