Tuesday 26 June 2012

ASKAR WATANIAH

So, here we goes ! Setelah sebulan tak jenguk blog, today I am writing again ! haha. Banyak cerita, tapi tak tahu nak cerita tu bagaimana. okeylah. First sekali nak cerita tentang ASKAR WATANIAH yang banyak mengeraskan saya ney. Pastu, next post kalau rajin kita sama-sama nantikan apa yang termampu saya ceritakan okey ? hehe

26 Mei 2012 yang lalu, saya dan 20 member IPG yang lain mendaftarkan diri di Rejimen 515 Askar Wataniah 2. 11 orang dari IPG saya, Kampus Bahasa Melayu dan 10 orang dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Awal pertemuan, semuanya masih malu-malu, dan masih senyap. Yalah. Tak keluar lagi segala macam perangai tu. haha. Dah daftar tu, dimasukkan ke dalam platun-platun tertentu. Awalnya ada 5 platun, tapi akhirnya platun 5 dibubarkan kerana kebanyakan ahlinya menarik diri daripada kursus ini. Huuuuuu. Sedih ! Sebab saya merupakan ahli platun 5 ney. Lepas 2, kami memang dah rapat giler-giler dalam platun tu. Tapi apakan daya, TERPAKSA dibubarkan. 

Berada dalam kursus tu selama sebulan, macam-macam benda saya belajar. Paling penting, belajar cara berhadapan dengan pelbagai ragam manusia daripada pelbagai peringkat umur dalam pelbagai situasi. Nasib baik saya ni jenis yang mudah mesra dan boleh bergaul dengan ramai orang. So, dipendekkan cerita, beberapa hari kat sana, memang dah ramai geng dah. terutamanya geng lelaki sebab saya ni memang lebih mudah rapat dengan lelaki dibandingkan dengan wanita. Well, saya kan keras dan ganas. HAHA. Okey itu semua merupakan tanggapan para jejaka Perajurit Muda siri 3 2012 REJ 515 AW :) sepanjang tempoh kursus tu, nampaklah pelbagai ragam manusia. Ada yang lurus bendul, ada yang degil, ada yang berlagak, ada yang rajin, ada yang pendiam, ada yang berpuak-puak, ada yang happy-go-lucky, ada yang tak boleh berhenti bercakap, ada yang suka mengelak tugas atau tanggungjawab, ada yang terlebih mesra, ada yang terlebih bersemangat, ada yang... MACAM-MACAM ADA ! haha. Ada juga yang kita sangka baik, rupanya hanya berpura-pura. Ada yang luaran nampak bengis and jahat, tapi sebenarnya sangat baik hati.

Dalam kursus inilah pertama kalinya saya berguling a.k.a side roll di atas jalan tar, dalam pelbagai cuaca. Panas ada, hujan ada, mendung ada, siang ada, malam pun ada. Pelbagai jenis jump juga dipelajari. Larian dan lompatan memang tak terlepas daripada rutin harian. Yalah. naik ke bilik di asrama pun berlari-lari, turun pun berlari-lari. Ke dewan makan pun begitu, ke tempat latihan apatah lagi. Tapi pengalaman paling best adalah semasa latihan kawad dan juga latihan senjata. Saya dulu memang mempunyai pengalaman berkawad, tapi sekadar cara berkawad biasa. Alaaaa, kawad sekolah. hehe. Masuk je AW ni, FUHHHH ! jadi ketua perbarisan pula. Bagi arahan segala macam. ehh. bukan arahan. HUKUMAN. hehe. paling ingat kata jurulatih semasa berkawad :

"Hangpa kawad kena geram"

Bila tiba kuliah malam pula, maka... jeng jeng jeng ! semua tahan mata yang mengantuk. kalau tak memang kena dengan tepukan manja dan ketukan penuh kasih sayang daripada jurulatih-jurulatih yang bertugas. haha. "Kelas saya dibenarkan tidur, tetapi mata mesti celik, dan muka menghadap ke hadapan". Itu pesanan ikhlas daripada beliau sebelum kelasnya bermula. Comel tak comel ? haha. Pastu kena bagi rehat 5 minit, semua berlarian ke Kantin yang kecil molek untuk membeli AIR SEJUK yang ada ais batu. haha. dahlah setiap pagi ada latihan kecergasan, tak sedar diri nak minum air sejuk. haha. Takpe, akhirnya semua lulus kursus ney kan kan kan ? hehe

Menu makanan, hari-hari makanan yang sama cuma cara masakan berbeza. Yang tak berubah, AIR MINUM SENTIASA PANAS. tak pernah ada ais. haaaaahhh ! awal-awal tu memang semua kecoh cari air sejuk. haha. Tapi akhirnya semua macam dah biasa dengan air suam suam panas tu. Sekarang masih ada tak yang angau dengan kem, jadi dia minum air panas sorangg-sorang kat rumah ? haha

Rindunya dengan semua tu. HAHA. sesungguhnya melalui kursus ini, ketahanan mental semakin kuat. Dah tak mudah nangis dah. Sebelum ney cengeng boleh tahan juga. Sikit2 sedih nak nangis. Sekarang dah okey :) Rindu dengan usikan-usikan kengkawan yang lain masa kursus ney. Macam-macam nama saya dapat. Antaranya :

 * Floriki
* Florence
* Florin
* Flora
* Fiona
* Florentius
* Florenses

Nama yang sangat sepesiall :
* FLUORESCENT
* RINA

Lucu tak lucu ? Boleh pula saya and Jessica mengelirukan mereka yang lain-lain tu sampai mereka tersasul antara saya dan Jessica. Walhal saya and Jessica sangat berbeza. Dia cerah, saya gelap. Dia kurus sikit, saya gemuk sikit. err. HAHA. Dia mata besar, saya mata kecil. Dia tak selalu guna spek, saya 20 hours guna spek. Rambut dia panjang, saya pendek. Paling penting, nama dia JESSICA, saya FLORINA. haha 

Walau apa pun, kursus ini the best ! Sebulan hidup bersama-sama dengan ahli kursus ni membuatkan aku rindu ! :')

Thanks to ex-platun 5 dan platun 3 yang memberikan memori terindah untuk saya sepanjang kursus ini. Tak akan lupa kenangan kita di dusun sana, dan di kem sana :)

Mulai 24 Jun 2012, saya bergelar

PERAJURIT MUDA ASKAR WATANIAH !

tak senang kot nak dapat gelaran ni. Sebulan kau perlu jadi gila dalam kursus seumpama ini !


No comments:

Post a Comment