Thursday 24 May 2012

Askar Wataniah

Askar Wataniah. Ingatkan 3 minggu saja, rupanya 4 minggu. HAHAHA. Kononnya dah bersyukur sangat2 sebab dah terlepas part paling perit (semestinya), yakni pada minggu last itu. Rupa2nya rektor IPG dah luluskan permohonan kami untuk teruskan kem itu sehingga habis ! I like you Rektor ! hehe.

Okey baiklah. Sebenarnya nak packing.. *duuuuhhhh ! Tapi dari taaaadi nak packing, tak start2. haha. Tak tahu nak pack apa. hehe. sebenarnya dah ada list, tapi jumlah berapa2 yang perlu dibawa tu yang bingung sikit. Yala. Di sana nanti guna baju beloreng, baju kerja dan entah apa2 baju lagi yang sudah semestinya akan membuatkan saya sangat hensem memakainya. alaaaaa. Nak bergambar, tapi malangnya handphone segala pun kena simpan dan dijadikan tebusan oleh abang2 askar di sana nanti. huuuuu. takpa ! hehe. 

Baiklah, 4 weeks. And for sure, kecerahan yang sangat sukar untuk kekal dengan saya ni akan terjejas, Hal ini demikian kerana setakat ini briefing aktiviti kami berkisar tentang KAWAD KAKI, aktiviti HUTAN, aktiviti LARIAN NAIK TURUN BUKIT, dan macam2 ada lagi. haha. Saya ni kira keras dan rock dan tough dan lasak juga, jadi, harapnya dengan bekalan itu saya akan mampu melakukan semua aktiviti dengan jayanya ! Kata Kak Fifi, ada anugerah Peserta Terbaik.. macam berminat, tapi rasa macam tak layakkkk. selama ni tak pernah ikut program tentera ke, polis ke, askar ke apa ke macam ni.. Tapi nak try jugalah untuk mendapatkan anugerah tu. HEHE. Tapi tak dapat takpe, sekurang-kurangnya ikut program ni dapat baaaaaanyak pengalaman, jadi makin tough, jadi fit, jadi gelap *err sedih*, makin kurus, jadi makin ganas, dan.. dapat gaji. hehehe. 

Well. Saya nak bandingkan pic sekarang dengan pic akan datang. HAHA. mesti saaaaangat berubah tu. hehe. 
Gambar latest. Setakat ini. Dengan bantuan pencahayaan jadi nampak semakin cerahhh di sana. hahaha. Saya nak tengok apa yang berubah. Warna kulit sudah semestinya. hoho. 

# Nak packing ! hehe

No comments:

Post a Comment